This is second day kak shaz admit kat hospital. Dan hari ni juga hari kedua kak shaz kena bagi suntikan dexa di mana suntikan ni akan membantu mematangkan paru-paru baby. Last night kak shaz dah kena suntik 12 gm dexa.. Then pagi tadi around 10 am repeat benda yang sama. Second dexa.. 12 gm sekali lagi. So ubat ni akan bertindak dalam 24 jam sahaja. Ini yang nurse bagitau kak shaz.
Since kak shaz baru 33 weeks 2 days! Doktor tak nak baby keluar dalam keadaan paru-paru yang kurang matang.. means the baby cannot bernafas normal like other baby yang cukup bulan. ( kelahiran 37 weeks ke atas adalah kelahiran yang normal )
Nak tau azab nya suntikan ni ???? Kak shaz rasa.. dari hujung pinggul kak shaz mati sekejap.. kebas.. tak terasa apa.. sehingga hujung buku lali rasa tak bermaya..Jarum masuk tak sakit.. tapi bila jarum dah tarik keluar , ubat tu dah masuk.. ya Allah. Azab nya tak terkata.. teramat sakit , sampai kak shaz mengalirkan air mata. Tak terungkap kak shaz sakit nya.. yang first injection tu lah betul-betul rasa terkejut. Yang second ni dah lebih bersedia tahap kesakitan nya.
Apa yang kak shaz buat untuk hilangkan kesakitan tu.. kak buat gerakan lembut di kaki. Sapu-sapu bahagian tempat kena jarum. So almost 20-30 minit..benda tu jadi normal semula.. tapi still akan rasa kebas bahagian kaki.. sebab ubat tengah bertindak balas.
Kena tarik nafas dulu , dan perlu dalam keadaan bersedia. Sakit memang teramat sakit. Tapi kata orang , demi anak. Demi kesihatan anak dan ibu.. kita ikutkan je.
Setiap apa yang berlaku... pasti besar hikmah nya. InSyaa Allah.. Tuhan pasti beri ganjaran yang besar buat sang ibu dalam bertarung nyawa menyelamatkan kandungan.
Bila pregnant ni.. kita kena bersedia dalanm segala kemungkinan.. jangan stress dengan keadaan , jangan stress bila sakit.. kena bersedia.. dan sentiasa positif. Insyaa Allah kandungan kita baik baik je..
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~