Lepas isyak tadi.. tiba-tiba air ketuban kak shaz laju keluar.. terkejut. Panic! Macam-macam dalam fikiran.. barang baby pun tak beli lagi sebab terlalu busy. Sedihnya.. sedih sebab tak dapat tidur dengan wawa malam ni.. selama ni tak pernah lansung tidur malam tanpa anak.. Selama 2 tahun 6 bulan ni , sikit jam pun kak shaz tak pernah tinggalkan wawa. Ke mana je memang kak shaz heret dia sekali. Tapi malam ni lah malam pertama kak shaz tidur tanpa anak.. sayu hati. Rindu...
Hari ni kak shaz genap 33 weeks! Terlalu awal kalau nak bersalin. Ya Allah.. semoga urusan di permudahkan. Tadi dengan keadaan panic.. kak shaz dengan husband sempat singgah beli barang keperluan baby.. tanpa di rancang. Ambik baju dua tiga helai sahaja.. pampers newborn.. dan benda-benda wajib untuk baby.. mana lah tahu kuasa Tuhan.. kak shaz melahirkan awal. Selebihnya.. husband yang setel kan beli keesokan harinya..
Sampai kat labour room.. doktor scan , cek jantung baby. Alhamdulillah.. semuanya normal.. Cuma masalah air ketuban sahaja. Sebab tak henti-henti keluar. Takut effect pada baby. Ya Allah kuat ka aku lalui.. sebelum ke labour room , kak shaz siap-siap minta ampun kat husband kot lah pernah buat husband berkecil hati. Mulut kak shaz boleh tahan juga pedasnya kalau menghentam.. hehe.
Setakat ni.. kak shaz memang kena pantau. Dan baru je setel kena suntik kat bontot.. mak aihh sakit.. mati rasa separuh kaki.. doktor cakap suntikan tu untuk matang kan paru-paru baby. Takut baby keluar awal. Ni pengalaman pertama kak shaz.. seriusss sakitttt sangat kena suntikan tu. 30 minit rasanya kaki tak boleh gerak. Hampir nak menangis rasanya!!
Korang doa-doa la buat kak shaz agar di permudahkan urusan.
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~