PuanSyah
Pengalaman Hb Rendah
Korang Pernah Tak Tengok Area Rumah Yang Ada Features Hebat Macam Ni? Bestnya!
Kebiasaan nya orang pregnant akan mengalami hb rendah , mostly di akhir-akhir pregnancy.. sebab baby pun dah mula membesar kan , semua zat-zat yang ibu makan..kongsi dengan anak dalam perut. Sebab tu lah berlaku nya hb rendah.
Last week , aku mengalami hb yang rendah. Sampai 10.8 , dah cukup teruk dah. Semalam gi checkup.. memang result tak memuaskan. Before this hb aku maintain 12.. kadang 13. Tak tau macam mana this week boleh 10.8.
Aku syak dari last week lagi hb aku drop.. sebab ada simptom-simptom hb low aku dapat rasakan.
Antara tanda-tanda hb kita rendah adalah..
- Terasa pening , berat kepala.. seolah-olah dunia ni berputar ( dari pengalaman aku )
- kaki tangan terasa sejuk , ni pun jadi kat aku.. even tak guna aircond pun aku boleh rasa sejuk yang amat.
- Rasa pitam bila nak bangun dari pembaringan.
- sakit bahagian dada.. rasa macam sesak nafas. Biasanya jadi malam hari.. aku kerap sangat sesak nafas bila malam.
- Rasa letih... penat sampai tak terungkap penatnya macam mana.
So far , tanda di atas ni dari pengalaman aku sendiri.. memang sepanjang hb aku rendah... banyak ganggu rutin harian aku. Even nak solat pun terasa amat berat... nak bangun tu memang tak larat. Tak boleh main-main tau kalau hb rendah. Bahaya untuk anak dalam perut.
Nak di jadikan cerita , semalam sembang dengan nurse kat KKIA.. saya masih menggunakan khidmat kerajaan sepanjang mengandung dan bersalin sebab family mostly involve dalam gov punya sektor. So i hormat okay. Hehehe
Masa nurse bagitau hb drop teruk dari 13 ke 10.8 , aku memang tak terkejut sangat.. sebab last week aku dah terasa simptom hb low. So aku inform nurse siap-siap yang last week lagi aku rasa tak sedap badan. Before this aku tak pernah ambik ubat dari KKIA , aku memang consume obimin untuk pregnancy kali ni... so nurse infom lah siap berapa beza kandungan iron dalam obimin dan juga iron tablet dari kkia tu. Nurse memang recommend aku untuk stop ambik obimin dulu , and ambik ubat-ubatan dari kkia sahaja.
Since nurse kkia tu merupakan isteri kepada kawan husband aku.. so aku tak membantah.. aku mengiyakan sahaja. Sebab aku tak nak lah hb aku berterusan low macam ni. Kang tak pasal-pasal kena jumpa pakar pula.. so aku decide follow cadangan nurse tu sahaja. Kalau perasan , semalaman aku tak update entry.. masa kat klinik tu , masa tu juga nurse suruh makan depan dia. Hahaha...
After 2 3 hours makan iron tablet tu , aku tiba-tiba rasa pening bagai dunia ni nak hancur dah.. aduhh , perit sungguh!! Aku mula syak mungkin juga effet dari iron tablet tu. 1st pregnancy aku tak pernah ambik iron tablet ni lansung. Kiranya ini adalah pengalaman pertama aku. So aku pun baca la info yang ada dalam kotak ubat tu., so bila makan iron tablet ni.. memang akan effect pada kita... pening dan sebagainya..
Lepas baca semua , aku tak adalah risau sangat khenn.. so that , aku cuba minum banyak air... then buat senaman ringan.. tarik hembus nafas. Bagi oksigen mengalir dengan lancar.. so far menjadi. Aku banyak habiskan masa tengok tanaman aku kat belakang rumah tu haa.., alhamdulillah , sikit demi sedikit pening tu hilang,
Kalau korang ada alami benda yang aku alami sekarang.. go and check your hb first.. and follow apa yang misi ajar, kalau rasa pening dan pitam.. tu sebab oksigen tak berjalan dengan lancar.. buat senaman ringan.. makesure senaman ringan. Asalkan korang tak berzumba dah la. Tak pasal-pasal teberanak nanti. Hahaha
Harap-harap 29 march ni , hb kembali strong semula.. korang doa-doa lah untuk aku yee... hehehe
Tak sanggup weh turun naik spital jumpa doktor.. huhu
Jadi semoga lepas ni hb normal kembali!!
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~
Newer Post
Older Post
Home
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~