Jangan Takut Untuk Berubah



Salam isnin.. semoga perubahan pada diri kita menjadi sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Menang Contest CouponBelanja

Suka nya bila menang contest.. hihi lagi-lagi bila contest tu bagi hadiah e gift voucher from zalora. Dah lah aku ni kaki shopping.. Hee

Thank you naa Couponbelanja.. Kalau aku kenal korang , mesti aku bawa lepak makan-makan.. hehehe

Rugi lah kan siapa tak join contest dari couponbelanja baru-baru ni.. sangat-sangat rugi. Aku dok promot kat fb..ada lah sorang dua follow aku join contest tu. Bila dah habis contest baru nak kecoh kata aku tak hajak!! Cisss... sentap mummy!


Aku tak tau lagi nak beli apa... aku malas kot nak buka zalora tu , kalau boleh semua aku nak beli..dari handbag , shoes , cloths.. haha tamak kan.. 

Nanti lah aku fikir-fikir nak beli apa...kot kot dapat lagi cash voucher dari contest lain..boleh lah guna sekali semua. Hehe

Thank you couponbelanja


Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

http://www.kisahemasputih.com/2016/03/giveaway-cash-rm600-mac2016-by-emas.html
*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Hobi Baru

Dalam buy-busy pun sempat lagi aku layan bunga-bungaan.. Hehe
Ntah lah.. sejak dua menjak ni , suka nau aku berkebun...aku siap layan group berkebun kat facebook ok. Tak tau lah datang dari mana semangat nak berkebun ni.

Nak di jadikan cerita..last weekend , husband kata kesian kat aku...asyik dok pandang je bunga depan rumah orang , maka dengan baik hati..husband bawa aku ke nursery awal pagi... Kul 8 pagi hokkeh! Nursery pon baru je buka pagar.. Haha
Sampai je ke nursery.. hati kak shaz tak boleh nak tahan tengok bunga berlambak-lambak. Haha. Nak je aku angkut semua balik rumah.


Nampak tak.. baik je laki aku dukung puteri kesayangan dia tu. Di bagi nya aku peluang pilih bunga kertas mana yang aku nak. Ehhh tiba-tiba hati rasa berbunga mekar macam dalam nursery tu. Kahkah
Berbunga sebab rambang mata nampak bunga. Haha


Aku berkenan sunggu kat bunga yg yellow colour tu.. Tapi harga nya RM80 , husband suru ambik je... sebab dia kesian tengok aku asyik mengidam bunga rumah orang je. Hahah. Jahat eh! Tapi aku rasa tak berbaloi kot nak beli dengan harga tu. Sudahnya aku ambik yang baru nak mekar berkembang.. harga dalam RM15 , lepas tu aku ambik sekali kaktus , pokok halau nyamuk.. hehe. Berbaloi je . Dapat banyak.

Tenang hati I bila dah dapat bunga yang di idam-idam kan.. Nanti kalau aku dah alih ke pasu bunga.. aku up entry untuk korang jamah ye.. Hihi




Kelebihan Wanita


Resepi Chicken Chop Blackpaper Kak Shaz

Hari ni kak shaz mood baik.. tiba-tiba teliuq tengok rancangan asian food channel. Gile arh kan omputih ni. Kuat makan black paper. Haha.

Dah teliuq macam tu.. of course lah kau nak melantak terus. Mula-mula nak ajak husband ke secret resepi.. tapi tak jadi. Hehe. Sebabnya masa nak minum air ke dapur.. tengok bahan semua ada.  Maka terhasil lah chicken chop black paper ala kak shaz. Sedap kauuu.. hingga menjilat jari kaki.

Resepi ni aku cilok dari my mom.. dulu masa bujang-bujang.. my mom selalu buat breakfast lamb chop. Aku yang tak berus gigi nya..tak cuci muka , terus je melantak.. nasib ada jugak yang sudi kawin dengan aku. Haha

Ok ni resepinya..

Bahan-bahan yang di perlukan :

1. Bawang besar / Bawang Holland
2. Sos tiram
3. Kicap manis
4. Sos black paper
5. Serbuk black paper
6. Tepung Gandum
7. Butter

Cara-caranya :

1. Pertama sekali sediakan dada ayam dulu.. hiris bahagian isi senipis nya , jangan nipis sangat. Agak-agak lah.. lepas tu penyek-penyek kan.

2. Kemudian perap dulu ayam dengan sos tiram + kicap. Kak shaz tak campuq garam dah... sebab sos dengan kicap tu kan dah ada perasa. Perap lah berapa lama yang kau suka. Jangan seminggu dah lah.. hehe

3. Bakar dengan suhu 150 darjah dalam 30 atau 40 minit gitu.. sebab ayam nipis je kan. Aku suka yg ada jus-jus sikit baru yummy

Dah siap bakar ayam.. kita buat sos black paper pulak..

Aku main campak je... Mula-mula tu masuk kan butter.. dah cair , masuk kan bawang pulak.. jangan sampai garing... nanti hangit pulak.

Kemudian.. masuk kan tepung gandum dan air sikit.. jangan sampai beketul ye.. nanti tak cantik..

Lepas dah cair sikit... masuk kan kicap , sos tiram dengan sos black paper.. kicap jangan banyak sangat. Asal nampak hitam sikit. Pun dah ok.

Part kuah pun aku tak buh chicken stock or garam.. sebab hakak jaga kesihatan. Haha. kan sos-sos tu semua dah ada perasa.

Siap semua..last sekali masuk kan serbuk black paper.. supaya rasa lebih sedap gitu..
simpel je kan..

resepi ni versi aku.. segala kekurangan minta maaf la ye.. dah nama versi aku kan.. suka hati lah nak buh apa je. kihkih.

Alhamdulillah jadi lah chicken chop Blackpaper hakak.


Memeriahkan Rumahtangga Yang Suram

Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi dok layan astro oasis mengenai rumahtangga yang dah suram. Ni lah kan... bila perkahwinan dah bertahun.. mula lah si isteri / si suami dingin antara satu sama lain. Si isteri salah kan suami.. yang si suami salah kan isteri. Masing-masing nak menang. Hmm

Aku bukan lah orang pakar pun nak nasihat itu ini. Tapi aku yakin.. sebagai isteri , kita lah yang kena create suasana dalam rumah .

Tak kisah lah dah kawin dari tahun kuda ke.. dari tahun gajah ke , sebagai isteri kau kena usaha buat sesuatu yang baru untuk menarik minat suami. Kalau masa couple asyik nak melawa je hadap boyfriend.. kenapa tak melawa depan suami? Tau lah housewife... pelik lah kalau nak makeup kat rumah kan. Tapi at least biar lah kemas dari segi penampilan.. wangi sepanjang hari... tak salah pon. Pakai baju elok-elok.. kalau hari ni guna baju putih.. esok guna lah pink pulak.. tak bermaksud kau surirumah takde orang nampak.. kau bedal je baju yang dah kena getah nangka.. choiii
Mau laki tak hilang selera... haha

Dah cantik-cantik depan suami.. pikat pulak perut depa. Suami-suami mesti happy bila balik rumah.. nampak bini lawa , dapat makan sedap... comfirm lah dia happy kan. Ni tak , hari ni kau masak mata lembu.. esok mata kerbau.. tulat mata kucing. Kembang tekak suami nanti. heh! Banyak je resepi kat google...cuba cari tau kegemaran suami.. Kalau aku , aku suka perhati makanan apa yang husband aku makan..contoh kalau ke restoran , aku akan makesure dia oder makanan apa yang berulang kali.. So bila sampai rumah , aku usaha cari resepi tu dan buat untuk dia. Alhamdulillah.. akan dapat pujian. Try and error. Tak pandai masak?? Usaha lah...baby pon belajar merangkak.

Dah pikat perut suami?? Pikat pulak suami dengan suasana rumah.. ramai isteri-isteri mengeluh kenapa suami suka lepak kat luar... Haa benda ni senang je kot. Kalau kau tak nak suami keluar rumah... hias la rumah secantik yang boleh. Tak perlu nak deco mahai-mahai.. Cukup sekadar sedap mata memandang..Join lah mana-mana group deko... Belajar step by step. Inshaa Allah rumah berseri , bila rumah bersih..selesa..cantik. Mesti suami suka kan.. Buat kan satu tempat atau sudut untuk suami kau lepak.. Contoh coffee table untuk dia ke... dekat coffee table tu kau buh lah segala jenis minuman yang dia suka.. Macam teh ke , milo.. apa-apa je lah. Macam aku... setiap bulan bila nak berbelanja.. aku akan ambil macam-macam jenis minuman..biar suami takde hati nak minum kat luar dah. Haha. Sambil-sambil tu kau join lah layan rancangan yang suami kau suka. Husband aku suka badminton.. walaupun bukan live dia layan je. Tapi aku tak kan tegur "asyik-asyik tengok benda yang sama je " alaaa jangan lah macam tu... kau bantai je tengok sekali.. biar suami rasa seronok ada kawan. Hehe. In Shaa Allah , kalau kau boleh layan apa yang dia suka.. nanti dia layan kan jugak drama sotong-sotong kita tu. Takk gituuu...Hee

Setel dah semua kat atas... kita pikat pulak suami kat bilik. Okay jangan fikir jauh sangat tau.. pikat kat bilik di sini yang aku maksud kan adalah... hias bilik kita cantik-cantik.. kan tempat suami nak tidur tu.  Kesian suami kerja seharian.. balik rumah nak tidur..hadap bilik penuh sarang labah-labah pulak.. Cik akak oiii.. kalau nak suami sayang...cinta cintun kau sampai kerepot. Cantik kan lah bilik.. hias macam baru kawin. Hihi. Letak lah aroma yang tenang dan seksi.. Ni tak.. dengan katil yang berselerak.. dengan cadar 6 bulan tak basuh. Bawah katil tak sapu.. Mau tak suami asyik nak outstation je. Haha. At least tukar lah cadar seminggu sekali.

Ok lah... aku rasa selebihnya ikut pada diri masing-masing lah nak buat apa. Laki kau kan... haa pandai-pandai lah ye. Buat lah kelainan untuk tambat hati suami.. In Shaa Allah ruamahtangga akan kekal bahagia sentiasa. Aamin

Sebagai isteri.. mari lah kita sama-sama berusaha pikat suami masing-masing. Biar setiap hari dia rasa "wow" jangan asyik nak layan drama " suami ku hilang " je setiap masa.. Suami tak kan cakap , dia diam je.. tak perlu tunggu suami tegur.. buat lah demi kebaikan rumahtangga masing-masing. In Shaa Allah..


Gud luck isteri-isteri di luar sana....


Nasihat Orang Berakal Jangan Nasihat Orang Bodoh


Siapa pun kita.. belajar lah untuk menerima segala nasihat dan teguran daripada orang yang lebih berilmu.

Mummy Vs Daddy



Selalunya... tiap kali aku dah mandi kan wawa , mesti husband aku yang pakai kan baju.

Geram pulak aku bila baju tidur dia guna di siang hari.. baju siang hari dia pakai kan waktu malam. Iskk.

Lelaki memang macam tu eh??



Kenapa Susah Nak Dapatkan Sesuatu?

Tiba-tiba hati rasa tertarik dengan ayat-ayat ni. Mendalam sungguh. Huh

Kenapa Susah Nak Dapatkan Sesuatu?

Pernah satu ketika tu , ada member tanya soalan macam ni..

" Kenapa ye aku rasa susah sangat nak dapatkan sesuatu.. aku selalu je ada masalah kewangan.. nak dapat kan duit tu punya lah susah "

Aku tergamam seketika.. Aku hanya mampu beri jawapan " Mungkin rezeki kau belum sampai lagi kot "

Pernah tak korang terfikir kenapa kita sukar untuk dapat kan sesuatu?? Nak tau kenapa?

Yess..jawapan nya ada dalam gambar kat atas...Kita berharap setiap hari di murah kan rezeki.. dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan , tapi kita lupa untuk memberi. Sampai satu saat Tuhan menduga kita dengan kesusahan.

Kenapa Tuhan duga kita...?? DIA nak kita ingat... supaya kita tak lupa untuk bersedekah , memberi pada mereka yang memerlukan. Kalau kau nak dapat sesuatu yang lebih besar dari Nya , maka kau harus memberi. Orang yang bersedekah tak akan pernah miskin. Ingat tuuu...





Review : Parfum Precious By Che Ta

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share pulak pasai parfum by Che Ta , Hihi. Aku bukan lah peminat Che Ta pun , tapi aku peminat tegar wangi-wangian.. Macam-macma jenis dah parfum yang aku pernah pakai , dari murah sampai lah ke mahal. Kalau time sekolah dulu.. aku guna baby cologne je. Yelah zaman tu mana mampu nak beli body shop. Kah kah. Paling mahal pun aku guna haiku dari avon je.. Boleh kata paling berduit lah siapa guna parfum avon zaman aku dulu. Zaman laa ni orang tak pandang dah avon-avon ni. Semua mesti nak guna yang mahai-mahai, yang student pun dah reti guna body shop.. biasalah , duit ptptn kan banyak. Haha.

Baru-baru hari tu , adalah aku ternampak ntah kat mana iklan parfum Che Ta. Tak ingat dah... So , of course lah sebagai penggemar wangi-wangian.. Aku perlu memiliki satu parfum dari Che Ta. Hee.
Nak jugak aku rasa weh... wangi ke dok.


For me... wangi nya tak adalah sewangi macam parfum lancome ke apa... Boleh arh. Sesuai dengan harga nya. Kalau nak wangi sangat , kena lah beli yang mahal kan.

Cuma , parfum ni agak keras sikit lah wangian nya. Pada aku... aku jenis suka parfum yang ala-ala bungaan macam tu. Yang smooth je. Bila kau hidu.. kau rasa nak kunya je. Hehe

Kalau yang ni ok lah.. sedap jugak lah.. but then tak sesuai lah dengan aku. Sebab nya pemilihan wangi-wangian ni sangat penting jugak. Wangian kita tu melambangkan sifat kita sebenar.

Macam aku ni dah jadi mak orang.. memang tak sesuai guna parfum ni. Kang orang lain boleh tergoda.. Baunya kuat sangat. Memang boleh menarik perhatian orang. Alaaa macam kau pandang Che Ta.. Still bergetah.. Haa macam tu lah cun nya parfum die. Tapi memang tak sesuai dengan aku.

Hari tu aku pernah guna sekali... gile arhh memang bau kuat sangat. Sampai kat klinik tu nurse ada tegur..

" Eh wanginye.. guna parfum apa? "

AKu sengih je... haha. Ni serius tau.. aku tak reka cerita.. kisah benar. Hihi. Tapi serius lah.. aku memang tak sesuai parfum ni. Aku mudah pening. Mungkin bau dia kuat sangat kan.
Kalau orang jenis minat sport.. memang aku rekomen guna parfum ni. Sesuai lah..

Harga?? Ok sangat berpatutan.. Tak mahal. Aku beli di Myshoppe.. Guna cash voucher je.. Hehe dapat lah lagi murah..

Memang harga mampu milik lah... Tak yah risau. Kan aku dah cakap... wangian dia sesuai dengan kadar harga nya.

Kalau kau jenis cerewet. Tak yah beli arh.. Nanti kau harap parfum ni sebaris dengan parfum victoria secret.. Walhal harga jauh beza sangat.. No no no.

Cuba jangan banyak komplen sangat. Hiii

Satu je aku tertarik dengan parfum ni... Aku suka nau botol ni... belakang botol tu ala-ala batu bata.. Comey arh.. botol pun kecil je.

Senang nak bawa ke mana-mana. Tak makan ruang pun kalau simpan dalam handbag.

Ok la. tu je aku nak share... hihi

Kenapa Rezeki Susah Masuk

Kenapa rezeki susah masuk?? Nak tau kenapa?? Meh tengok sini..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kenapa Rezeki Susah Masuk

Mari lah kita sama-sama audit diri kita... Kot kot ada tersilap langkah , marilah kita sama-sama perbetul kan. Usah cemburu dengan mereka yang di berikan rezeki lebih luas. Tak perlu untuk jadi seperti mereka.. Setiap orang Allah dah janjikan rezeki masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja. In Shaa Allah.
 
Rezeki Allah itu luas...


Bila Nak Tambah Sorang Lagi??

Bila Nak Tambah Sorang Lagi?? Ni lah soalan yang selalu aku dapat.. haihh , anak baru 6 bulan lebih kot. Ngeri weh! Hehe. Tapi kalau dah Tuhan bagi rezeki lebih awal , tak lah aku tolak. hihi.
But kalau boleh nak jarak kan sikit lah...

Dulu masa mula-mula belum ada anak , orang dok tanya pulak bila nak ada anak. Iskk! Laa ni bila dah ada anak.. sebok pulak tanya bila nak tambah sorang? Hoiii.. kau ingat nak bersalin tu rasa macam kene tarik telinga je ke?? Sakit weh...

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Lagi pun.. wawa kecil lagi , tak puas lagi nak sayang-sayang dia. Setahun lebih aku kawen baru lah dia muncul.

Inshaa Allah.. nanti dia besar sikit , aku tambah lah lagi sorang.. Haha. Tak pun sekali dua.. cari kembar. Kahkah

Aku bukan saja-saja tak nak tambah. Luka dalaman pun rasanya tak sembuh lagi. Kalau boleh biar lah pulih sepenuhnya.  Bila badan dah kuat semula.. baru lah aku siap sedia untuk preggy lagi. Inshaa Allah


Tapi tu lah kan.. mulut orang ni kita tak boleh tutup. Kadang-kadang kita pun dalam tak sedar terlepas cakap jugak. Hihi. So apa-apa pun kita give and take je lah setiap apa yang di katakan oleh orang sekeliling.

Kadang-kadang.. bila tengok orang lain ada anak ramai , teringin jugak nak tambah lagi. Kihkih.. tapi bila fikir pasal kesihatan.. Rasa nya tak mengizinkan lagi.. Inshaa Allah perancangan Allah tu adalah yang terbaik.

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Ni pun badan naik letih hadap dia sorang-sorang je. Asyik nak berkepit je. Dah tu suka buat muka bila kita nak ambik gambar.. hihi.

Esok dah ada adik, tak boleh dah nak berkepit dengan mummy ye sayang. Bagi adik can pulak. Hee

Semoga wawa jadi anak yang solehah besar nanti.. Aamin.

ok lah.. harap esok dah tak ada soalan macam ni lagi. Jenuh mak nak jawap.. Perut mak bukan elastic. Haha.


Review : Iron SteamQ Goshop

Assalamualaikum

Review : Iron SteamQ GoshopHari tu aku ada beli Iron steamQ dari goshop.. Tau lah dah jadi mak-mak ni , semua kau nak.. haha.
Rasa nya dalam rumah aku ni dah ada 4 iron.. Hihi. Ntah kenapa , suka beno aku dengan iron. Setiap bilik memang aku akan spare satu iron. Kot lah tamu datang.. tak lah susah-susah diorang nak tanya ada iron ke tak. Aku memang siap display dengan iron board sekali. Senang koje. Hee

Dah lama sebenarnya aku berkenan dengan iron steamQ ni.. tapi asyik tak jadi beli je. Bila nak beli.. mesti terbeli benda lain. Haha. Tu lah kan perempuan.. kalau dia kata nak beli shawl , jubah yang di angkutnya... kalau dia kata nak beli jubah , shoes pulak yang di angkutnya.. rumit rumit..
But its normal lah kalau orang perempuan macam tu... kalau tak macam tu , mesti dia tu mak nyah..Haha

Okay okay... balik pada cerita Iron steamQ goshop aku tu , well.. bagi aku so so lah.. tak de lah hebat
Review : Iron SteamQ Goshopsangat macam dalam tv tu.. Ntah lah , aku ke yang tak reti guna ke apa.. halus tu halus jugak lah.. but water storage nya amatlah kecil.. tak habis satu baju air dah habis. Jenuh kot asyik nak tambah air je

Sorry ye goshop. I is cerita yang betul.. Sebab aku every weekend memang akan siap-siap iron kemeja husband , blouse-blouse aku.. kot lah nak jalan , tak ada lah buang masa nak besiap... kemas barang anak.. nak iron baju lagi. Aku jenis yang suka benda siap-siap... haa gituu. kalau buat dalam kelam kabut aku boleh hangin okeh!


Tapi kalau iron shawl ke...blouse ke.. and nak cepat , rasanya iron ni berguna lah.. hihi. Baju anak.. aku iron guna ni je... senang sikit.. yelah baju kecil lagi.. sesuai lah guna iron steamQ ni.. Mula-mula dapat benda ni pon , aku try kat baju anak dulu.. hehe

Review : Iron SteamQ Goshop

Senang sikit arh kalau iron baju cenonet macam ni.. So far , aku lebih suka guna iron ni untuk baju anak dengan blouse aku je.. kalau kemaja husband , tetap guna iron panasonic yang berat tuh. Haha

Takpe lah.. at least , ada juga senaman tangan sikit. Ni sejak ada anak.. kalau boleh semua benda nak senang. Vacum rumah pun guna robbot vacum je. Alahaiii.... semua nak benda senang je. Bukan malas.. tapi si kenit tuh haa, Kalau boleh nak bekepit je... sabo aje lah.

Next.. aku nak beli pulak frying pan goshop tu. Kalau ada masa free , aku layan je goshop ni. Haha. ok lah kan.. daripada layan astro ria... Bayar kemain mahai.. wayang dok ulang-ulang je. Hmm. Tertunggak seposen pon nak kira. Iskkkkk... teruk arh!


Boleh di katakan barang di goshop semua aku nak. Haha. Serius okkeh! Setiap bulan mesti kene beli at least 2 barang dari goshop. Gile arhh sampai macam tu sekali aku nekad. Hiii
Alaaa... bukan barang mengarut pon , untuk kegunaan dalam rumah jugak.. lebih memudah kan aku buat kerja.. hehe. Kata orang... beli tu jangan alang-alang.. biar boleh pakai lama.. gtuuu

Nanti aku review lagi erkk barang dari goshop yang aku dah beli...


Sibuk

Its coming 2 weeks kan aku tak hapdate apa-apa. Perhh.. terasa lama sangat. Well aku bukan lah saja-saja.. Last 2 week aku busy yang amat. First tu , rumah aku di datangi tetamu Allah. Kata orang , tetamu tu kan rezeki. Selama seminggu lah juga aku layan tetamu sebaik mungkin.. Alaa , bukan orang lain pun..parents je kot. Kihkih
Tapi tak elok lah kan ada tamu kau dok menaip dalam bilik. Sebab soho aku dalam bilik. Nanti my mom ingat aku tak suka dia datang pulak. Grrr

Balik parents aku , my MIL pulak datang and kak ipar. Anf of course lah , sebagai menantu yang baik hati.. aku harus fokus dalam melayan mereka.. hihi. bawa diorang jalan...makan-makan. Seriuss aku busy sangat. Balik rumah je mesti ambik peluang tidur sepuas nya.. Haha

Nampak tak.. busy nya macam mana. Lepas tu , aku busy dengan forex class aku lagi. Kau jangan la tanya aku forex tu apa. Google lah. Biar hadam sikit.. sebab bila kita sendiri yang cari maksud benda tu apa.. kita lebih mudah hadam. Ye dok??

Tak habis dengan class lagi.. last weekend aku dan husband balik kampung my MIL. Kalau duk rumah MIL , memang tak ada masa nak online. Lagi pulak malas kot nak angkut laptop... dengan dukung anak lagi. Hmm banyak barang yang kene punggah. Dah aku ni jenis tak suka banyak barang kene angkut. Lain nak bawa pampers anak.. pampers sendiri lagi. Haha. Jenuh mak!

Semalam je sampai rumah.. baru rasa bernafas sikit. Finally , baru dapat rehat secukupnya. Tapi rumah tak dan lagi nak kemas.. tunggu lah nanti... Bagi rehat badan dulu. Letih weh! Anak aku pun penat tak hilang lagi. Nasib baik anak jenis cool je. Hihi

Ada banyaaaakkkk entry aku nak share lepaih ni. In shaa Allah , kalau di beri kesempatan lagi. Ngee

Ok lah , Meh aku belanja sikit senyuman anak...




SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM


CLICK BANNER TO JOIN


Assalamualaikum..

Auuwwww suka aihh ada segmen ni.. hihi. Memandangkan aku ni baru sahaja jadi mommy . so ada baik nya aku join lah segmen ni. Bukan apa , sekali sekala boleh lah tukar pendapat dengan yang lain-lain kan.

Seronok kot kalau dapat kenal mommy blogger ni.. esok-esok kau ada benda tak faham boleh tanya daripada yang berpengalaman. Gituuu

Btw , selamat bersegmen semua...
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED