Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak

Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangadd sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.
Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!
top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom
Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

Welcome March


Welcome March

Bulan Febuari dah melepasi kita.. March pula datang.
Semoga dengan bulan yang baru kita semua di iringi semangat baru dan jiwa baru.

Apa yang berlaku di masa lalu.. anggap lah ia satu pengajaran dan memori indah buat kita semua,
Yang baik kita jadikan panduan , yang buruk kita buang jauh-jauh.

Selamat maju jaya semua buat rakan-rakan blogger...


Keyword Minggu Ini



Keyword minggu ini yang paling laku dalam blog kak shaz adalah pasal serum nano white.

BACA SINI REVIEW SERUM NANO WHITE

Actually dah dekat dua minggu kot entry ni paling banyak ramai search. Yelah time tu kan sales giler2 kat guardian dengan watson.

Aku syak , ramai pembaca cari kebaikan serum tu.. alhamdulillah lah kalau entry kak shaz mampu memuaskan hati pembaca.. hihi

Apa-apa pun keyword sangat penting untuk memudahkan pencarian dalam google. 

Lepas ni kena workhard lagi.. so ramai pembaca sedar wujudnya blog beauty tips ni. Hihi

Adiosss 

Isteri Perlu Ada Pendapatan Sendiri??

Sejak dua menjak ni , dalam group ibu-ibu mengandung di facebook tu , macam-macam hal kak shahz baca.. Mostly sebab duit. Ada yang sejak berkahwin suami tak pernah bagi duit. Ada yang suami cuma bagi duit cukup-cukup untuk barang dapur je. Macam-macam lagi lah. Sampai tak sanggup kak shaz nak baca kesedihan para isteri di luar sana. 

So apa pendapat korang.. Isteri perlu ada pendapatan sendiri ke tak perlu?
Kalau pada kak shaz.. samada suami mampu tanggung kita atau tak , sebagai wanita kita memang perlu ada pendapatan sendiri. Bukan sebab takut masa akan datang suami akan tinggalkan ke apa. Tak elok lah kan kalau nak cari pendapatan dengan alasan tu je. 

Kita perlu ada pendapatan sendiri untuk beli apa yang kita nak. Maksudnya di sini.. bila kita berusaha untuk cari duit , dan mampu beli sesuatu atas hasil usaha sendiri. Kepuasan tu ada. Lagi-lagi zaman sekarang semua di hujung jari. Nak shopping apa benda pun semua melalui atas talian. Tak perlu tenaga kita keluar nak ke mall beli itu ini. Semua ada. Nak groceries , baju , barang sport..barang baby , semua dah ada melalui online. So , kalau kau jenis yang shopaholic macam kak shaz. Memang wajiblah ada pendapatan sendiri. Kiranya , kalau hari tu kau nak beli makeup.. kau beli je tanpa perlu minta pada suami duit. 

Betul lah tanggungjawap suami tu beri nafkah. Tak salah pun kalau suami kau mampu , dan kau mengharap 100% dari suami kau je. Tapi bagi kak shaz. Selain dari nafkah yang suami beri.. kak shaz juga gemar cari pendapatan sendiri. So incase kak shaz terpengaruh nak beli itu ini. Takde hal je bila-bila nak keluar duit. Haa gituuu. 

Isteri Perlu Ada Pendapatan Sendiri??

Semakin besar pendapatan isi rumah kita.. semakin mudahlah kita nanti. Sama-sama meringankan beban suami isteri. Tak salah jika kedua-duanya boleh cari pendapatan masing-masing. Tak guna duit kita di hari ini.. Mungkin pendapatan kita boleh di guna masa akan datang. Tak untuk anak-anak , boleh je bantu mak ayah. 

Ini sekadar pendapat je.. jangan lah kecam kak shaz. Haha.. kalau kau nak harap suami kau je. Lantak lah. Kak shaz peduli apa. Kahkah

adioss.

Welcome to the Bare Essentials giveaway


Hai semua..

ada yang berminat skincare di bawah ni.. sweet weh! Kenan sangat dengan botol-botol mulus tu..
jom lah join GA ni sama.. kot la menang. hihi.

KLIK BANNER di BAWAH ya..
-
-
-
-
-
-
-


Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain..

Gud Luck uolssss



Facemist Untuk Pregnant Mommy


Heiii holaa semua..

Kalau dulu.. aku ada share pasal basic skincare untuk preggy mommy kan di sini >>> Nak Tau Basic Skincare Untuk Preggy Mommy??

Haa.. kalau korang belum baca , sila lah baca.. sebab ni ilmu tau... Hihi.
Sejak aku pregnant anak kedua ni , aku memang sangat memilih dalam penggunaan skincare.. sebabnya skin aku tiba-tiba breakout. Bukan sebab produk krim kilo tu.. tapi hormon kot. Before pregnant , skin aku elok je.. boleh kata , apa sahaja jenis produk aku guna.. takde hal. Bantai je semua tanpa tau skin type sendiri. Huhu noob nye aku dulu..

But now , aku banyak membaca pasal healthy skin. Kalau dulu..kurang sikit nak ambil tau.. sebab skin elok kan. Haha. Seriously , maybe sebab pembawaan agaknya. Aku banyak kisah sangat pasal kecantikan ni.Banyak juga bahan bacaan yang aku beli pasal beauty skin, Sampai tahap macam tu sekali pembawaan aku. kiki.

Btw , kita masuk topik facemist yang selamat dan sesuai untuk preggy mommy!
Before ni..aku guna Bio essence punya facemist.. dengan sendayu tinggi. So far , macam aku cakap.. before pregnant , skin aku takde hal nak guna apa pun. So, both of this ok je dengan aku.

Nak kata jadi ploless tu tak lah..Tapi still okay untuk di gunakan. Tapi , after pregnant 3 months.. aku kena guna facemist yang lain dah. Sebab both tu dah tak sesuai. skin aku jadi merah.. macam gatal. So aku tukar other produk lain.. produk apa??

ni haa...
-
-
-
-
-
-
-
-

Facemist Untuk Pregnant Mommy

Aloe soothing Mist by NEULA

Kenapa aku recommended yang ni untuk preggy mommy..?

Sebabnya produk ni , dia no Ethanol , No alcohol , No animal Ingredients , No Benzophenone. Banyak lagi yang " No " dalam produk ni. korang boleh google je. So far sangat selamat untuk kita yang pregnant.

Kot lah korang tengah cari-cari facemist yang sesuai dan selamat kan.. so aku rekomen yang ni je. Kalau ada bahan-bahan aktif dan tak sesuai untuk preggy mommy. Baik elakan je.

Korang kena lah hati-hati pilih produk bila dah pregnant nanti ye.. Jangan main suka-suka je. Ada sentengah bahan dalam produk tu kena elak. refer doktor anda masing-masing. 

Apa-apa pun.. jauhi bahan terlarang ketika pregnant. Hihi. Adiosss






Hotel idaman Pada Harga Terendah di Pulau Pangkor Perak


Hotel idaman Pada Harga Terendah di Pulau Pangkor Perak - Hai uols!! Siapa sini dah pernah pergi ke Pulau Pangkor?? Actually , ramai yang tak tau ada banyak tempat best di Pulau Pangkor. Serius tak tipu.. Agak-agak kalau tak mampu ke Maldives , meh kita ke pulau pangkor saja.. Sama je kot. Tak kan kecoh nak ke maldives tempat sendiri tak pi kot. Hihi. Hargai lah tempat pelancongan yang ada di malaysia. Tak gituu.

So today, kak shaz nak share kat korang semua antara hotel yang menarik dan sesuai untuk di stay kalau korang bercuti ke pulau pangkor. Tak kisah lah , korang nak hotel bajet ke.. nak mewah tahap tan sri pun ado... Tak yah risau.. akak payung semua tempat menarik. Actually , kat lumut pun ada je yang menarik dan kebaboom.. Sebab kalau nak ke pulau pangkor.. harus lah naik jeti dulu dari lumut. Ye dok.. Tapi takpe , kali ni kak shaz nak fokus dulu pada pulau pangkor.. lain hari kak shaz cerita pasal lumut pulak. hihi.

Firts of all , aku nak share hotel bajet dulu.. yang ni sure ramai yang suka. Kalau aku pun aku pilih hotel bajet. Janji memuaskan.

So kalau nak menginap hotel bajet, korang boleh cuba di The Island Hotel Pulau Pangkor. Kenapa aku suggest kan korang The Island Hotel ni , sebab pertama adalah jarak hotel ini ke pekan Pulau Pangkor sangat lah dekat , dalam 5 minit je. Dah tu lokasi hotel ni pun berhampiran dengan dengan Jeti Pulau Pangkor. So , incase korang nak sewa kereta ke apa.. memang sangat mudah ya amat nak dapat di sini. Means , senang lah korang nak pilih kenderaan mana nak guna plus boleh cek keadaan kenderaan tu before korang nak guna. Kiranya keselamatan pun terjamin lah kan kalau jalan-jalan dengan family.

Kalau korang nak tau lagi , The Island Hotel Pangkor ni ada menawarkan tiga jenis pilihan bilik dan satu jenis pilihan apartment. Kiranya , kalau korang nak honeymoon ke.. ambik lah jenis pilihan bilik. Kalau bercuti dengan family , ambik yang jenis apartment. Mudah sungguh aih.. Toksah nak pening-pening. Memang tempat ni sesuai lah untuk sesiapa sahaja. 

Harga pun , ya Allah serius murah giler!! Dalam RM80+ hinggan RM200+ je. Mana nak cari tempat murah lagi weh selain sini. Bilik yang di sediakan pun sangat selesa dan view pun boleh tahan!! Lagi-lagi kalau bilik yang view ke laut. Rasa tak nak balik pun ado!! amboii kak shaz... hehe .. Nampak berbaloi ke idok??






Okay , next hotel pulak.. yang ni hotel jenis taraf bintang lah. Dalam tiga bintang gituu. Tapi still dalam harga yang sangat berpatutan. Betul tak tipu!! Lebih kurang adalam RM150 hingga RM300 sahaja. Kira murah lah walaupun dah ada bintang. Nama dia Puteri Bayu Beach Resort. Dah nama resort , of course lah dia punya lokasi area pantai. Kalau korang yang jenis santai.. Sesuai sangat lah loksai ni. Kenapa?? Ada kemudahan untuk anda ber BBQ , kolam renang , pusat kecergasan dan restoran yang ala-ala carte. Serius bebrbaloi!! Seronok giler kot .. sambil bbq di iringi pulak bunyi ombak.. perghh! seronok aihh. Memang recommended!!


\

Hotel yang ni pulak.. still tiga bintang, Bukan apa aku share yang tiga bintang. Sebab harga dia even
tiga bintang still berbaloi. Lagi-lagi kalau percutian dengan family. Sangat berbaloi. Selesa pun selesa. So ini dia.. Pangkor Sandy Beach Resort. Konsep hotel ni serius mewah giler tapi still boleh dapat harga dalam RM180 hingga RM300 semalam ikut jenis bilik yang di sediakan. Kalau korang bercuti sambil nak buat aktiviti , lokasi ni memang aku sangat recommended.. Sebabnya tempat ni ada macam-macam jenis aktiviti yang korang boleh sertai. Macam sukan ar sukan pantai..and macam-macam lagi lah.

Bukan tu je tau , still ada ruang tempat untuk ber BBQ. Aku memang suka lah tempat-tempat macam ni. Santai , tenang. Macam-macam feeling yang ada kalau bercuti di sini. Kalau nak buat family day kat sini pun ok weh! Memang sesuai sangat. Siap ada restoran lagi di sediakan di sini. Menu dia , toksah cakap lah. Menu barat ada.. menu local pun ada.. puas hati sangat! Kalau nak menjamu selera di sini dengan pelbagai menu.. korang p je di Restoran Sandy Spoon. Semuanya ada. Yang best nya , sambil menjamu selera tu , siap di temani sinaran cahaya lilin lagi kau!! dengan pemandangan pantai yang indah.. can u imagine this guy!!! Siokkk eh!





Fuh , gigih mak share kat korang semata-mata nak bagitau tempat best kat pulau pangkor. Actually banyak lagi tau , tapi tak dan nak taip panjang-panjang dah. Kalau korang nak tempat menarik macam ni.. aku syorkan korang follow cara kak shah je. Memang aku dah biasa sangat buat benda ni before nak bercuti ke suatu tempat. Pertama haruslah buat carian dahulu dengan menaip best prices on Pangkor Hotels di search engine 
atau korang boleh usha terus je harga murah dan terbaik kat website atau apps Traveloka yang ada. Memang recommended.. sebab ni je cara paling mudah dan cepat!!

Okay lah kot.. tu je.. adioss!!!





Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Akhirnya Buang Iklan NUFFNANG


Finally , aku dah buang iklan Nuffnang kat blog aku. Kenapa aku buang..?? Saja je nak cari nafas baru kat blog...Dah bertahun dah aku guna nuffnang ni. Dari zaman blog aku yang lama lagi.. sampai lah aku create yang baru ni masa 2014. 

Teringin juga rasa ads baru , nak buat pembaharuan sikit kat blog , since dah banyak masa nak berblog dah lepas ni. Hihi

Kot lah ads baru lebih agresif dan sesuai dengan aku. Hewhew.

Akhirnya Buang Iklan NUFFNANG

Kalau dulu.. rajin nau aku submit ticket.. Haha , siap join churp-churp bagai. Ada lagi kot duit dalam churp-churp tu.. eh nuffnang pun adoo.. tapi tak cukup nak withdraw.. Kahkah.. Takpe lah. biar lah mereput kat situ. Hihi

Lepas ni nak test-test ads lain pulak.. semoga murah rezeki pulak lepas ni. Hihi




Kedudukan Baby Melintang


Kedudukan Baby Melintang - Siapa pernah alami masalah macam ni..?? Please share.
Last week , aku ada appointment dengan doctor untuk scan baby 28 minggu. So , tengah-tengah scan tu , doktor bagitau baby dalam perut dalam keadaan melintang.. contoh macam dalam gambar bawah ni..

Kedudukan Baby Melintang

Im not sure kenapa baby boleh melintang macam tu.. maybe sebab tak cukup luas kot dalam tu. Ntah lah , sampai sekarang rasa tak sedap hati. Harap-harap baby back to normal nanti. Since first baby aku bersalin secara normal , so aku sangat-sangat berharap second baby pun bersalin secara normal. Tapi kalau dah takdir bukan secara normal. Aku redha , siapalah kita untuk menidak kan takdir Allah.

Ada juga doktor bagitau , still ada peluang untuk baby pusing pada paksinya semula. Sebab baru 28 minggu kan. So aku pun banyak juga buat research pasal baby melintang ni. Cara-cara nak pujuk baby balik pada asalnya.. Means kepala kat bawah lah kan.

Harap sangat usaha aku berbaloi lah.. semoga baby dalam perut lembut hati , hehehe. Next month aku ada appointment semula untuk tengok keadaan baby . So nanti aku update next entry keadaan baby macam mana.. doakan aku eh.

=))


Guardian Sales Lagi!!!!


Guardian Sales Lagi!!!! geram mak.. Hahaha. Hati tak tahan hoii masuk guardian. Aku boleh kot lama-lama dalam guardian tuh. Kalau sephora buat offer giler-giler macam ni pun ok kot. Hahaha. Tapi untuk skincare , aku lagi suka ke guardian. Sephora , untuk barang makeup.. memang banyak pilihan.

Guardian Sales Lagi!!!!

So far , ini adalah barang yang aku grab around sales 50% yang third punya. Tak banyak sangat , sebab area aku dah tak banyak stok. Aku ambik yang berkenan je. 

First aku ambik Safi rania esen emas. Untuk esen ni , aku tak berapa nak tahu sangat lagi function dia. Tak habis kaji lagi. Hihi . Others tu aku ambik Lip butter dari nivea , sebab bibir aku jenis kering. Maybe sebab dalam aircond kerap , jadi bibir agak kering.

Pantene conditioner ni , aku main ambik je.. since conditioner aku dah habis kan. Haha. Sejenis yang suka try and error , jadi aku memang kerap tukar conditioner. Hehe. 

Yang antiseptic tu pulak , aku ada anak kecik.. kadang-kadang makan sepah sana sini. Selain dettol , aku memang suka guna antiseptic untuk mop lantai. Lagi pun bau-bauan antiseptic ni sedap je kat hidung aku. Rasa duk hospital pulak. Seolah-olah bila gunaa antiseptic ni , terlindung dari sebarang bakteria.. gituuuu..

Barang ni semua aku tak sempat nak guna lagi. Hahahaha... Eh , antiseptik tu je lah kot dah guna.. Sebab sampai je rumah aku terus mop lantai... Memang best!!!

Tu je lah kot nak share.. setakat beli dua tiga barang pun nak update, Biasalah.. saja nak isi entry blog yang dah tak terisi dua tiga hari. kiki

Selamat membaca.. adioss



Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh




Giveaway ini TAMAT pada 17 Februari 2018 

Sales Guardian Membunuhku!!!

Huaaa... tak tahan rasanya bila guardian buat sales sampai 50% , Hati wanita mana tak tergugat. Huuuuu!!

Sejak guardian buat sales , rasanya aku orang paling kerap datang guardian tau. Siap cashier guardian tu pun dah kenal aku. Haha

Sales Guardian Membunuhku!!!

Barang kat atas ni actually bukan lah barang pertama yang aku beli masa sales.. rasanya ni barang kali ke 5 aku beli.. Haha , ada yang tak sempat nak ambik gambar lagi.Yang ni sehari sebelum CNY aku beli. Aku ambik sunscreen tu , hair cream , face mask dengan eye mask. Semua tak guna lagi. Nanti dah guna aku review k.

Sales Guardian Membunuhku!!!

Rasanya , ni adalah belian pertama aku masa make up day sales , tapi aku tak beli pun barang makeup. Sebab giler sesak guardian masa ni. Aku siap survey 3 cawangan lagi. Seriuss.. Haha. Sebenarnya aku nak beli powder silky girl yang orang dok viral dalam group kecantikan tu. Tapi semua kehabisan stok. Yang ada pun , tester je. kui kui. Di sebabkan tak nak keluar dengan hati yang kecewa.. maka aku beli je lah barang lain. Janji ada.. Nutox tu aku dah review baru-baru ni. Ada masa nanti korang baca lah erk..

Sales Guardian Membunuhku!!!

Haa.. yang ni second purchase.. sebenarnya ada 4 5 barang lagi tak sempat gambar. Anak aku dah rembat dulu. Ada blusher , eye liner 2 biji , eyeshadow dengan eyebrow pencil. Semua aku tak guna lagi. Takde lah beriya sangat nak guna. Tapi harga murah kan. Ambik je lah. Kot lah esok-esok nak guna. Tak pun boleh bagi kat adik nanti.

Laki aku pandang-pandang je masa ambik barang tu semua. Haha. Siap dia cakap , jangan sampai expired pulak. Tau-tau je husband i. Kahkha. Sebab last month banyak barang yang aku dah buang.. Tak habis guna pun , tapi bila sales.. beriya sangat beli. Lumrah lah kan kaum wanita.

Haa.. korang beli apa.. meh lah share sekali.. hihi. Seronok kan shopping. Rambang mata teruk weh!!!




Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...


Top Up Percuma Untuk Celcom Dan Maxis

Hi semua... 

Ada tak kat sini yang dah guna boost App and dapatkan credit percuma. Firstly , benda ni aku ingat tipu. Hihi. Aku tau pun last year , anak buah husband aku ajar. Mak-mak macam aku ni , mana lah tau benda semua ni. Masa bujang dulu , yelah kot. Aku hadap jugak. Hahaha.
Masa mula-mula dulu , aku setakat claim topup reload RM8 je , aku tak tau pulak boleh guna sampai ke sekarang. Serius giler best apps ni!!


Aku dah dapat banyak giler topup dari boost Apps ni. Sumpah tak tipu!! memang freee.... siap dapat angpow chinise new year lagi. ekekke. seronok ke tak seronok.

Nak tau macam mana???
Klik link di bawah dulu , install kat hp.. kemudian regester seperti biasa..

Download the Boost App on Google Playstore or App Store https://tinyurl.com/theboostapp

Masa regester tu , WAJIB masukan kod invite seperti di bawah ni.. 

ais0oxu

Dengan kod ni lah korang akan dapat free top up nanti. Kalau tak , nanti tak dapat tau!!!
Hehe.. dalam masa yang sama.. jangan lupa upgrade wallet korang ke premium ye. Free sahaja , ini membolehkan korang withdraw money ke local bank nanti. Ada faham tak??

Kalau tak faham juga.. tak pe , korang install sahaja dulu.. ikut step yang aku ajar kat atas.. guna kod kat atas.. nanti korang godek-godek lah dalam tu. 

Atau..

boleh komen kat bawah untuk pertanyaan. heheh

adiosss!!!



Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana




Jom join Giveaway by blogger Ana Suhana

Sambil blogwalking sekali.. 

ADiossss

Review Pre Cleanser Nutox ~ MakeUp Remover


Review Pre Cleanser By Nutox - MakeUp Remover

Review Pre Cleanser By Nutox - MakeUp Remover

Masa sales guardian hari tu , sempat jugak lah aku grab beberapa benda.. walaupun bukan barang makeup yang aku beli. Hihi. Salah satunya , pre cleanser Nutox ni. Kalau ikutkan hati , aku hampir-hampir terjebak nak beli micellar water by garnier tu. Tapi since aku dah banyak pakai brand nutox , 95% barang yang aku guna sekarang pun nutox. Jadinya , aku ambik lah juga pre cleanser nutox ni.

So far , aku tak banyak hal sangat dengan nutox ni , mostly produk dia sangat sesuai dengan skin aku. Tak kisah lah , moisturizer dia ke , night cream ke , and others tu semua boleh je sumbat kat muka aku. Tapi serius.. bagi aku , nutox the best product!!! Aku tak kena bayar lansung review benda ni. Hehehe

Aku jenis yang sentiasa pakai foundation kalau keluar rumah , dan sangat-sangat amalkan skincare rutin dengan penuh disiplin setiap hari. So that , aku memang WAJIB ada pre cleansing to remove makeup di muka everyday. 

So far sepanjang aku guna pre cleanser nutox ni , memang sangat-sangat BEST!! Noraa bagi 5 bintang...

Review Pre Cleanser By Nutox - MakeUp Remover

Texture dia smooth giler... And tak beminyak lansung.. Memang best , selalunya sesetengah makeup remover ni kalau kita apply kat skin , muka akan rasa panas-panas sikit. Mungkin sebab ala pada bahan-bahan dalam produk tu lah kot. But bila aku guna nutox ni , skin aku okeh je.. boleh terima. Sebab bahan dalam produk nutox ni semua sesuai kat aku. Maybe sebab no alcohol kot. Makeup pun senang je nak tanggal. Even foundation setebal 1 inci pun boleh clear.. 

Recommender for others?? 
Yess... Sangat-sangat recommended!!

Kalau dah cuba nanti , jangan lupa inform kak shaz k!! 

Adioissssss










HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

www.sishawa.com

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)

6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG bersertaEMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018

Basic Pregnancy Skincare - Produk Selamat Masa Pregnant



hiiiii
Sepanjang pregnant ni , ada banyak benda aku kena elak.. termasuk lah dalam pemilihan skincare. Yelah , not all skincare products are safe to use during pregnancy. So that , aku memang agak cerewet dalam memilih ingredient yang ada dalam sesuatu produk.

Mostly , aku akan pilih skincare yang organic.. no alcohol , no paraben. Im not sure lah if paraben ni effect dia macam mana pada preggy mommy. ada sesetengah orang okay je with paraben. Before pregnant , aku okay je skincare yang ada paraben. Tapi bila dah pregnant ni , aku memang agak hati-hati sikit. Lagi pulak , tiap kali aku pregnant.. hanya produk organic sahaja yang sesuai kat skin aku. Hahaha. Perubahan hormon kot. kikiki

So , masa tau je aku pregnant dalam 2 bulan lebih macam tu... aku stop guna neutrogena. Sebab sebelum pregnant.. aku memang guna full set Neutrogena. Dari cleansing..scrub , toner..semuanya aku guna.. So far , kalau tak pregnant.. aku sangat okay dengan produk tu . Memang terbaik lah.. Scrub neutrogena tu aku bagi 10 starr.. Hihi , Tapi bila pregnant , aku stop terus...sebab jerawat tak malu lansung berkampung kat muka aku. Fuh!! Ni bukan salah produk tau. Sebab bila pregnant , hormon kita akan automatik berubah. Adalah normal muka keluar jerawat bila pregnant. Tapi ada je , yang ploless masa pregnant... tapi aku bukan di kalangan mereka yang bernasib baik. I is redha..

Basic Pregnancy Skincare - Produk Selamat Masa Pregnant

So gambar kat atas adalah produk yang aku guna sepanjang pregnant.. actually ada cleansing oil by nutox juga , tapi anak aku ambik.. jadinya tak sempat ambik gambar sekali semua. Haha. 

So far aku dah pernah review sunscreen di sini --> Sunscreen Guardian SPF50 ( CC cream Organic )

dengan Intensive Brightening Serum di sini --> Serum terbaik masa pregnant

Basic Pregnancy Skincare - Produk Selamat Masa Pregnant

Kenapa aku pilih Nutox sepanjang aku pregnant???

Salah satunya sebab Nutox ni dia No Paraben , No alcohol , No Mineral Oil , No colourant
so aku memang tak boleh guna yang ada alcohol sepanjang preggy ni. Lain-lain ingredient tu.. im okay je. Tapi makesure before guna apa-apa sahaja produk masa pregnant.. refer doktor dahulu ya.. Jangan tanya mereka yang tak bertauliah. I mean.. better cek your skin type first.. Jika pregnant , minta nasihat doktor dahulu. Sebab ada some of ingredient kita kena elak ye tuan puan. jangan main hentam je. Even ubat jerawat pun kita tak boleh guna masa pregnant!!!

Aku dah guna nutox ni dalam 5 bulan juga lah. Tapi tak lah konsisten mana pun. Haha. Selalunya malam aku banyak skip skincare routine. Badan letih..lepas makan je , aku dah posing kat tilam sambil dengkur tak ingat dunia. Haha. So far walaupun selalu skip , skin aku okay lah juga sikit-sikit. Yang aku paling suka produk nutox ni , overnight mask dia. Seriuss rasa nak makan.. sebab work very well kat skin aku. Bila guna malam.. , subuh nanti bangun... kulit bersih , lembut gila yang amat. Serius tak tipu!!! korang cuba lah... sebab nutox ni sesuai untuk semua jenis kulit. Even normal , dry to oil.

Recommended to others??
Yess.. yuolls should try !!

Basic Pregnancy Skincare - Produk Selamat Masa Pregnant

Other produk yang aku guna adalah scrub by St Ives. Scrub ni agak popular juga . Memang best seller kat drugstore. Tapi aku tak guna sangat.. sebab ada salicylic acid , khas untuk acne treament. So aku guna 2 minggu sekali dalam kuantiti yang sangat sikit. Untuk scrub , aku buat handmade sepanjang pregnant.. macam scrub kopi . Sangat mudah. lagi selamat. Hehe
Kalau tak pregnant.. sungguh aku guna st ives ni je. Jenuh lah mommy nak buat kopi selalu.. mana rajin. Hahaha.

After scrub , selalunya aku guna face wash dari himalaya ni. Ntah lah kenapa , tapi aku rasa scrub st ives ni dengan face wash himalaya , ada gabungan yang mantap gitu.. bergabung meletup.. Hehehhe
Macam stacy dengan akim.. ehh! hihi

Masa pregnant anak pertama dulu pun.. aku banyak guna produk himalaya.. memang terbaik. Tapi lumrah wanita kan.. suka tukar produk , lagi-lagi kalau benda tu viral. Kahkah. Ni masa pantang nanti.. aku ingat nak beli set Innisfree pulak kat hermo. Huaaaa...cannot tahan ooh review orang. The ordinary pun okay kot. tengok lah nanti.

So... kalau korang ada masalah skin masa pregnant... go check your skin type first , then cari produk yang selamat for preggy mommy. Ask your doktor , ingredient apa perlu avoid.. tapi  ,kalau skin korang tak ada masalah masa pregnant.. rasanya tak perlu kot.

Rasanya itu je lah kot.. Next entry nak share pasal sheet mask pulak.. Hihi =))

adioss



Review Guardian CC Cream SPF50 light Sunscree


Since aku pregnant ni , skin aku sangat-sangat alah dan memilih. Serius.. produk yang before ni aku guna , semua dah tak sesuai. Maybe faktor umur juga kot. Dah 30 series ni semua benda baru jadi.. mostly berkaitan dengan skin tone. Hmm

Before this , aku tak ada problem sangat dengan sunscreen yang ada di drugstore tu asalkan free alcohol , semua aku bedal je.. but since preggy ni.. Mostly produk yang sesuai dengan aku adalah organic , water-based. 

Salah satunya sunscreen dari brand guardian ni. Serius harga sangat murah. RM19 je kot. Memang berbaloi arhh.. 

Kenapa aku pilih Sunscreen Guardian jenis water-based???

Salah satunya . sebab skin aku sekarang oily , acne.. so untuk mereka yang jenis kulit ala-ala aku ni , memang di galak kan sunscreen atau apa sahaja produk jenis water based. Aku tak tau kenapa , consult dah bagitau macam tu. Hahah. I is follow je , asalkan betul sesuai untuk kita.. 

Recommended to others??

Yess... untuk mereka yang skin type oily macam aku. Tapi better pilih code Light. Sebab ada orang guna code medium , muka jadi kelabu. Haha.. 




How to apply Sunscreen???

Cleansing Oil - Cleansing Foam - Serum - Moisturizers - Sunscreen


So.. rasanya tu je lah kot.. Apa-apa pun sebelum beli produk tu , korang di galak kan cek skin type masin-masing dahulu k..

adioss =))
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED