Pengalaman Anak Kena Gangguan Barang Halus


Nak di jadikan cerita , semalam aku dan husband bawa anak balik rumah nenek dia. So kita plan jalan awal , dalam pukul 5 macam tu. Ingat nak singgah jap je rumah mak mertua. Tapi terlajak sampai ke maghrib. Bukan saja nak balik maghrib , mak mertua suruh makan dulu.. makan pulak sedap-sedap. Huaaa... mak buyung mana tahan godaan makanan.

So lepas makan je , aku dan husband gerak balik rumah.. Masa dalam perjalanan pulang tu , tak ada benda pelik pun berlaku. Aku je rasa sakit perut tiba-tiba. Tapi tak ambil kisah sangat. Aku syak sebab lama duduk kat rumah mertua je tadi .

Anak pun relax je... memang tak ada lansung tegur benda-benda pelik. Yelah kadang budak ni mata dia kan terang.. so aku pun ok je lah,

Sampai rumah je , siap mandi solat semua... anak dah minta tidur seawal 8.30.. serius 8.30?? Tak pernah-pernah aku tengok anak aku seletih ni. Also jadi kat aku... aku rasa bahu berat yang amat , perut sakit semacam. So husband aku yang bagi tidur anak. So far , memang husband aku yang tidurkan anak since aku pregnant lagi. Tau apa jadi.. anak aku terlelap tak sampai 5 minit je. Wowww... husband pun cakap alhamdulillah , sebab selalunya wawa jenis susah nak tidur.

Aku pun turut serta tidur awal.. serius malam tu betul-betul tak larat. Perut sakit... rasa mengantuk sangat. Start pukul 10 malam wawa tersedar , dia menangis bagai di pukul-pukul. Aku terkejut , pantas dengan lajunya aku gapai anak.. peluk. Serius aku terkejut sangat. Sebab before ni dia tak pernah menangis sekuat itu.. sambil menangis , sambil dia tunjuk keliling. Aku dan husband berpandangan , seolah-olah faham apa yang kami nak luahkan. Mata sahaja dah cukup untuk kami meluahkan apa yang tersirat di hati. Chewah!

Tanpa banyak cakap , husband suruh aku pasang ruqyah.. aku pun buat laju-laju... kemudian anak terlelap semula. Aku dan husband pun hanyut di buai mimpi semula. Untuk pengetahuan korang , ni lah waktu paling awal kami sekeluarga tidur. Belum pernah terjadi lagi. Memang agak pelik malam tu..
Dalam pukul 11 lebih macam tu , aku dengar wawa menangis semula. Kali ni lebih kuat dari yang awal. Ruqyah yang tadinya kami pasang dah tak berbunyi.
Aku tanya husband , kenapa off kan hp tu...

dengan pantas dia jawap " syg tak ada tutup telephone "

Aku mula dah tak sedap hati dah.. aku bangun dan berhajat tak nak tidur dah , aku pasang semula ruqyah... di ikuti surah yaasin...
Sebab aku tengok wawa , menangis sampai tahap hilang suara dah, dalam keadaan mata tertutup pulak tu. Haihh seram sungguh!!

Selepas beberapa jam berjaga , sambil -sambil dengar alunan mengaji yang di pasang.. wawa dah tidur nyenyak.. alhamdulillah , tenang dah aku rasa.. perut pun dah tak sakit.. akhirnya aku terlelap semula dalam 1 pagi macam tu. Sampai lah ke subuh.. syukur sangat. Anak pun dah tak meragam dan tak menangis. Kiranya , sebagai parents.. aku berjaya tepis segala kemungkin yang buruk bakal berlaku pada anak-anak. Hihi. Itu pun atas izin Allah , minta lah bantuan dari Nya jika terasa sesuatu yang tak sedap berlaku. Gituuu

Pagi tadi , aku sempat bertanya... kalau kalau dia terlihat sesuatu.. dia cakap ada halloween dari tingkat atas. Aku syak , mungkin ada benda dia terpandang masa naik tingkat atas semalam agak nya. Tak tau benda tu datang dari mana... ikut kita orang sebab balik maghrib ke apa , ntah lah.

Tapi wawa ada bagitau , hallowen tu ikut mommy dari atas., hmmm... patut bahu terasa berat semalam... setakat ni , rumah kitaorang tak ada lagi benda pelik terjadi. Tapi semalam , sampai je rumah.. aku terus naik atas gi solat..kemas-kemas toys wawa... mungkin juga benda tu ikut dari awalnya., tapi tak perasan , sudahnya anak je yang perasan kehadiran barang halus macam tu. Tak berani nak cakap lebih.. sebab ini pengalaman pertama aku sendiri.. wallahualam.

Btw... lupa nak bagitau , halloween tu sebenarnya dia maksudkan "hantu" aku pun tak tau kenapa dia gelar benda tu "halloweeen" hmm... puas aku ajar " H.A.N.T.U . halloween juga di sebutnya. Tak apa lah , asalkan kita mak bapa faham apa yang anak nak cuba sampai kan, tak gituuu...

Pengajaran buat aku dan husband , lepas ni jangan keluar waktu maghrib dah, semoga kita terpelihara dari barang-barang tak elok dah lepas ni. Aamin




No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED