Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Sempena bulan kelahiran Shu, Shu "mengistiharkan" giveaway ke-tiga bermula pada detik kelahiran Shu iaitu 04/08 6.16 pagi hingga 22/08/2019 6.16 pagi. Pemenang akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08).


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga & Keempat :
(akan diberitahu kelak)



jom support Shu..

Ingatkan Pregnant!

Mati-mati ingat aku ni pregnant!
Period pun dah lewat  dah berapa hari... 
Gila arh kalau pregnant... anak pun baru setahun 6 bulan. Adoiii!

Aku memang sejenis yang suka merancang sendiri.. tak boleh ambik pil , sebab pelupa tak yah cakaplah. Nak ambik solusi lain pun malas pikir. So aku ambik mudah dengan cara sendiri. Hahaha.. berkat ilmu yang mak aku turunkan... 1st anak dan kedua dulu berjaya juga lah jarak genap 2 tahun... Hehe.. 

Tapi kan... sejak dua menjak ni aku tak sedap badan la. Seriouslah aku ingat dah pregnant kot.. Cek upt negative ja ni. Hahahaha. 

Tapi masalahnya period dah lewat.. plus aku tak pernah lagi lewat period ni. Memang cun-cun la. Betul aku Bf ke anak.. Kebiasaan nya... dalam tempoh 7 bulan pertama ja aku tak period , lepas tu maintain semula. 

Pening aku di buatnya... dah la anak aku yang kecik ni malam-malam merengek. Aku ke tandas pun dia boleh menangis macam kena dera. Apa benda lah anak aku ni! Hahaha...

Tunggu lah dua minggu macam tu lagi... kalau tak period-period juga.. kita buat uji kaji semula... hahahahha



Rasa kesian kot dengan si kecik ni kalau ada adik baru.. hahahah. Kang aku termarah pulak. Dah lah malam-malam aku jadi mak yang serba salah sebab marah kakak nya. aduhaiiii..

Adehhh.. delema mak!!!!


First Giveaway by Anis & Beeha.

Di sebabkan sekarang kak shaz dalam mood join giveaway.. kalau boleh semua kak shaz nak join. Haha..

so here... lets join me!! click banner 


Thank you blogger anis & Beeha sebab buat giveaway ni... 

Semoga menjadi blogger mashur kelak.

Borong Keronsang Di Shopee

Aku rasa semua perempuan kot ada problem kehilangan keronsang. 


aku memang sejenis pelupa.. plus memang kerap sangat beli keronsang. Setiap bulan aku memang beli benda ni dalam 10 ketul. Seketul tu dalam 0.80 sen. Perghhh kira lah berapa banyak dah aku buang duit untuk keronsang ni.
Dah macam pampers pakai buang dah. Huhu. Sedih.

Aku pun tak tau lah macam mana benda ni boleh hilang... Penuh tanda tanya juga. Kadang-kadang ada je rasa simpan dalam box. Tapi bila nak guna.. benda tu dah tak ada. Aku pun macam.. hmm , mana aku letak ya. Pelik ni. Sebab malas nak cari sangat. So kita beli yang baru je lah.

Baru-baru ni aku borong terus 100 biji. 50 biji tu aku bagi kat mom aku.. 50 biji lagi tu aku punya. Sebab setiap kali aku balik rumah mak aku , memang aku ambik seketul lah. Hahaha  , Dan akhirnya aku di marah sebab perabih keronsang dia pulak. 

Doa doa lah ya benda ni tahan lama. Tunggu bekarat la baru beli... hehehe

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

JANGAN LUPA JOIN SAMA DENGAN KAK SHAZ..

KLIK BANNER KAT BAWAH...


GIVEAWAY BERLANSUNG JULY SEHINGGA AUGUST 2019

Menang Contest Dari Blog Chea94

Alhamdulillah.. kita menang pulak dah. Hari tu dah jenguk blog adik Atiah. Tapi tak perasan nama blog kita naik.. haha


Dia mai komen blog kita baru perasan menang.. Allahuakbar.

Apa-apa pun terima kasih banyak lah buat contest letup macam ni... tenkiuu nah...

semoga owner blog di panjangkan usia.. di murahkan rezeki selalu...


CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

CONTEST RAYA WEHHH

CONTEST TUTUP 1JULY..
CLICK BANNER TO JOIN US


Bawah Mata Kanan Asyik Bergerak Tanda Apa?

Rimas...kurang selesa , rasa geram.. emosi terganggu.. Semua ni tengah berlaku dekat aku. Rimas weh , hari tu sebulan kot mata bawah belah kanan aku bergerak.. Kemudian stop sendiri. Lepas sebulan dia jadi balik. Dah 3 hari berturut-turut mata kanan aku bergerak. Letih aih!


Merata aku goggle sana sini cari cara macam mana nak stop kan gerakan bawah mata tu. Benda lain aku dapat.. haih! Ramai yang bagi tafsiran mengenai sesuatu alamat mengenai gerakan mata . Aku tak adalah percaya bulat-bulat pun. Cuma aku percaya setiap apa yang Allah jadikan itu pasti bersebab. Tapi bukan lah sebab gerakan tu..bakal terjadi perkara yang buruk belaka .. Tak... tapi rimas kot.

Ada lah juga aku tanya orang-orang tua.. macam mak mertua , mak aku sendiri... pak saudara. semua pun aku tanya. Dah nama orang tua.. memang tak adalah jawapan lain.. segala alamat dia bagi. Hew.. Sebagai anak solehah dan menantu solehah.. aku memang tak bantah lah. Aku mengiyakan ja. Tapi dalam hati sentiasa berdoa Allah beri keselamatan buat aku , suami dan anak-anak serta kedua ibu bapa kami.

Siapa ada pengalaman macam aku..cuba share.. atau petua untuk stop kan mata gerak-gerak ni. Rimas sungguh!

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5gPRCMB6o

Giveaway Cash Blogger Malaysia

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


Anak Belajar Memanah

Assalamualaikum.. sendu tak sendu , baru nak update blog setelah beberapa bulan. Haha.
Busy jaga anak , busy pindah rumah , busy buat studio house ( bunyik macam buat rumah mahal kan , tapi kampung je sbenarnya. Kahkah ) Banyak la busy nya. 

Last year , kak shaz dengan husband hantar kakak wawa ke sekolah Qdees. Saja lah nak tengok reaction dia, perubahan dia bila masuk sekolah. So far semuanya okay. Alhamdulillah. Tapi this year... i decide tak nak hantar dia ke sekolah dah. Bukan sebab Qdees tak okay. Okay je. Tapi nak ubah lifestyle anak anak membesar.

So this year , i penuhkan jadual anak anak dengan aktiviti memanah , mengaji  , belajar taekwando. Kak shaz nak dia belajar semua benda. Ikutlah mana satu dia minat. 

Untuk yang pertama kali nya.. kak shaz bagi dia ajar memanah dulu.. dah 2 minggu dia belajar. 



Setakat ni.. respon anak belajar memanah memang ok lah. Cuma biasalah.. anak kecil lagi. Sekejap nak ambik patung.. sekejap nak kencing. Hahaha. I tak paksa sangat pun. Cuma dedahkan sahaja aktivit mana yang elok. Lagi pun belajar memanah ni kan sunnah. Akhir zaman nanti , ini je lah senjata yang kita boleh guna kan. Siapa pun boleh memanah. Cuma nak kena tepat pada sasaran nya tu sahaja tak semua boleh buat. Gitewww

Kalau boleh kak shaz nak , semua anak anak kak shaz belajar ilmu pertahankan diri. Bukan belajar ilmu syirik ye. Tak... kak shaz nak diorang belajar silat ke , memanah , taekwando. Esok bila i dengan husband dah tak ada. InshaAllah diorang boleh tegak kan keadilan dengan pertahankan diri sendiri. 
 Tapi kalau boleh , biarlah d panjangkan usia oleh Allah swt.. di berikan peluang mendidik anak anak sehingga ada anak cucu kelak. Aamin aamin.

 Dah kita kembali pada Allah pun dalam keadaan suci dan bersih dari segala dosa2. Begitu lah hendaknya.. 

So bagi siapa yang ada anak anak kecil dalam 3 tahun macam anak kak shaz. Elok lah dedahkan diorang dengan aktiviti macam ni. Jangan fokus kat sekolah je. Sebab once diorang dah sekolah.. memang sekolah je la jawapnya.. tak menyempat dah buat aktiviti lain.

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED