Salam Lebaran

Sempena di lebaran yang meriah ni.. kak shaz nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat sahabat blogger kak shaz.

Ampun maaf di minta jika kak shaz pernah tertegur atau terlepas pandang komen yang tak tereply.. hehe.


Gambar tisya tak ada dalam ni.. sebab tengah breastfeed. Hahaha.. nampak tak , kak shaz boleh lagi selfie. Kemain lagi. Hahaha

Susah nau nak ambik gambar berempat. Sakan orang ramai upload family pitcure..kak shaz tak dan sungguh. 

Kalau kakak okay.. adik bad mood. Bila adik mood okay , kakak pulak buat hal. Adoiyaiii.

Apa apa pun salam lebaran buat semua.. hehe

Doa Harian Ramadhan


Ya Allah.. penuhkan lah kami semua dengan keberkatannya ramadhan ini ya Allah.

Mudahkan lah jalan kami semua..
Jangan lah Kau jauhkan kami daripada kebaikan wahai Pemberi Pentunjuk kepada kebenaran yang terang.
--------------------------------------------------------------------
Ya Allah.. panjangkan lah usia kami , mudahkan lah perjalan hidup kami.
Berikan lah kami hidayah Mu.
Kekal kan la hati kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Berilah kami RahmatMu Ya Allah.
Lindungi lah kami dari perkara-perkara yang terlarang.
Kuatkan lah jiwa kami agar terus taat Pada Mu.
Berikanlah kami ketenangan.
Jauhi kami dari api neraka Mu.

Ya Allah.. hanya Engkau yang kami sembah.
Hanya pada Mu kami berserah.
Terima lah ibadah kami semua di sepanjang bulan ramadhan ini. Aamin

GST GOODBYE

Yeahhh.. finally ,gst dah tak ada... lepas ni boleh dah shopping raya sakan. Horey!!!

Ehh eh.. dah ada yang shopping raya ke?? 
Seronok sungguh shopping tanpa gst.

Serius lah.. aku antara orang paling happy bila gst dah tak ada.. terasa sangat kot kalau gst ada. Pampers anak..susu anak.. huhu. Mampu ke tak mampu , mesti terasa bila bayar gst.

Apa apa pun semoga malaysia lebih aman dan bahagia lepas ni.
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED