Tahu apa kebaikan dan cerita di sebalik surah ini??
Apa maksud di sebalik surah ini??
Kak sha hurai secara ringkas sahaja.. apa yang kak sha faham.
Surah Al-Waqiah ni surah yang menceritakan hari kiamat. Betul.. kalau korang baca surah ni dengan maksudnya sekali , memang menceritakan pasal hari kiamat. Balasan bagi orang-orang yang ingkar.
Kalau baca surah ni di tengah malam , waktu subuh.. dan mendalami maksudnya.. pasti anda tersentuh.
Jadi di mana yang di katakan surah ini , surah kekayaan.
Okay.. kak sha copy paste sahaja melalui apa yang kak sha baca di sini SUMBER ASAL
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
.
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akanmemudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Sekarang pun kak sha masih dalam proses menghafal surah ni , Insyaa Allah semoga menjadi amalan kita kelak. Kalau naka tahu lebih mendalam pasal surah ni , adalah lebih baik anda rujuk mereka yang bertauliah dan yang dah di lantik.
Itu adalah lebih baik.. semoga entry ini bermanfaat buat kita semua..
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~