Bila Nak Tambah Sorang Lagi??

Bila Nak Tambah Sorang Lagi?? Ni lah soalan yang selalu aku dapat.. haihh , anak baru 6 bulan lebih kot. Ngeri weh! Hehe. Tapi kalau dah Tuhan bagi rezeki lebih awal , tak lah aku tolak. hihi.
But kalau boleh nak jarak kan sikit lah...

Dulu masa mula-mula belum ada anak , orang dok tanya pulak bila nak ada anak. Iskk! Laa ni bila dah ada anak.. sebok pulak tanya bila nak tambah sorang? Hoiii.. kau ingat nak bersalin tu rasa macam kene tarik telinga je ke?? Sakit weh...

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Lagi pun.. wawa kecil lagi , tak puas lagi nak sayang-sayang dia. Setahun lebih aku kawen baru lah dia muncul.

Inshaa Allah.. nanti dia besar sikit , aku tambah lah lagi sorang.. Haha. Tak pun sekali dua.. cari kembar. Kahkah

Aku bukan saja-saja tak nak tambah. Luka dalaman pun rasanya tak sembuh lagi. Kalau boleh biar lah pulih sepenuhnya.  Bila badan dah kuat semula.. baru lah aku siap sedia untuk preggy lagi. Inshaa Allah


Tapi tu lah kan.. mulut orang ni kita tak boleh tutup. Kadang-kadang kita pun dalam tak sedar terlepas cakap jugak. Hihi. So apa-apa pun kita give and take je lah setiap apa yang di katakan oleh orang sekeliling.

Kadang-kadang.. bila tengok orang lain ada anak ramai , teringin jugak nak tambah lagi. Kihkih.. tapi bila fikir pasal kesihatan.. Rasa nya tak mengizinkan lagi.. Inshaa Allah perancangan Allah tu adalah yang terbaik.

Bila Nak Tambah Sorang Lagi??
Ni pun badan naik letih hadap dia sorang-sorang je. Asyik nak berkepit je. Dah tu suka buat muka bila kita nak ambik gambar.. hihi.

Esok dah ada adik, tak boleh dah nak berkepit dengan mummy ye sayang. Bagi adik can pulak. Hee

Semoga wawa jadi anak yang solehah besar nanti.. Aamin.

ok lah.. harap esok dah tak ada soalan macam ni lagi. Jenuh mak nak jawap.. Perut mak bukan elastic. Haha.


14 comments:

  1. Kan? Sy alami macam awak. Dan orang yang sama tanye soalan. Bila tak de anak lagi, tanya bila nak ada anak. Bila dah ade anak, tnye bila nak tmbah pulak. Pergggghhhh memang ngeri. Huhuhu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..kadang2 yg btanya tu lah dah pernah lalui apa kita lalui.. hmm buat tak tau pulak tu. hehe

      Delete
    2. Sampai satu tahap saya buat tak tau dengan orang tu. Just senyum la yang mampu bagi. :)

      Delete
  2. Hehehe samalah..anak sy pun baru sorang baru masuk 1 tahun..org sibuk dok tanya bila nak bagi adik hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. jenuh nak jwp. Kita kan hanya merancang..Tuhan yg tentukan ,klu kita kata lama lg.. ntah esok lusa Tuhan bg rezeki pulak.. payah nak jwp soalan mcm ni

      Delete
  3. soalan demi soalan tidak pernah akan habis..kecuali kita jumpa dengan orang yang betul betul faham apa itu qada dan qadar..hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yunk... kalau yg faham keadaan kita tu ok lah.

      Delete
  4. comelnya anak akak :D geram btol tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil2 comel arh..esok dah reti main basikal..comot dah jadinya. Hehe

      Delete
  5. huhuhu biasa la shaz.. bila dh ada anak mesti kene soal bila nk tambah sorang agik.. hahaha.. dah jd budaya kan..

    ReplyDelete
  6. salam kenal dari kaknoor Lady :)

    ReplyDelete
  7. Biarkan sahaja soalan tu berlalu ditiup angin.
    Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
  8. Soalan tu memang xkan berenti ditanya.. Dah ada sorang tanya bila nak tambah lagi.. Kalau anak pompuan / lelaki je ditanya pula bila nak tambah lelaki/pompuan.. Ish.. sabar jelah..

    ReplyDelete

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED