Nak Masak Apa??

Hari ni husband bawa balik udang sungai.
Alhamdulillah.. rezeki Allah , nikmat yang tak pernah putus dari Nya.

Tapi.. tak tau nak masak apa dah..


Ada idea untuk kak shaz?? Meh share.. kalau ada link resepi nak masak udang ni.. tolong share kan sekali. Hehe

Kenapa Perlu Hormati Ibu Mertua?

Kenapa perlu hormati ibu mertua???

Topik hangat ni kan bagi kaum isteri.. hehe.
Takut juga nak kupas topik ni dalam blog. Kang tak pasal-pasal orang kecam kak shaz. 

Alhamdulillah.. kak shaz di kurniakan ibu mertua yang sangat baik dan penyanyang. Ibu mertua yang baik suda pastinya memilik anak yang baik. Betul tak.

Kalau isteri-isteri di luar sana menganggap suami masing-masing baik.. itu kerana mereka memiliki ibu yang baik hati. Siapa yang mendidik mereka dari kecil... suda tentu ibu mereka kan. Jadi kenapa harus berbalah dengan ibu mertua? 


Kena ingat.. suami memang perlu membantu dan menghormati ibunya. Kerana itu lah syurganya. Nak tak suami masuk syurga??? Mesti nak kan.. haa , kalau nak.. kenapa perlu bergaduh dengan ibu mertua.. nanti serba salah sang suami. Jangan lah buat suami kita membenci dan membelakangkan ibunya sendiri. Hanya semata-mata kedegilan dan keegoan kita.

Bantu lah suami , ingatkan lah mereka agar sentiasa taat pada ibunya.. hormati ibunya. In shaa Allah , jika suami taat pada suruhan Allah. Menghormati ibunya. Syurga lah baginya. Apa kita dapat sebagai isteri??
Inshaa Allah , jika syurga untuk suami mu.. para isteri pasti ada bahagian nya. Aamin.

Ingat tuu... 

Semoga lepas ni , kita lebih menyanyangi ibu mertua kita.. menghormati mereka.. kerana itu lah yang melahirkan syurga buat kita para isteri.


Tips Hidup Bahagia


Bagaimana nak hidup BAHAGIA???


NIAT

Apa sahaja yang kita lakukan perlu di lakukan dengan niat kerana Allah S.W.T

Bila kita makan.. niat kerana Allah , semoga dengan rezeki makanan yang Allah beri.. kita menjadi sihat dan di berikan kekuatan untuk melakukan ibadah solat.

Bila kita bersukan , niat kerana Allah.. semoga kita menjadi manusia yang berfikiran cergas agar kita sentiasa mengingati Allah S.W.T

Bila kita melancong , melancong lah kerana Allah.. semoga bila kita sampai di tempat yang kita tuju. Kita ingat betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T

Bila kita menulis sesuatu di media social , niat lah kerana Allah. Semoga apa yang kita sampai kan kepada orang di luar sana.. boleh menjadi panduan kepada mereka di dunia dan akhirat.

In Shaa Allah.. apa sahaja yang kita lakukan jika kerana Allah. Hidup kita lebih bahagia dan berharga.

#diarikakshaz1



© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED