Review Nano White Dark Spot Corrective Serum

Review Nano White Dark Spot Corrective Serum - Kalau dulu aku pernah review Nano White Intensive Brightening Serum di sini
-
-
https://byshaz.blogspot.my/2018/02/review-nano-white-intensive-brightening.html

Kali ni aku share yang khas untuk dark spot pulak.


Setakat ni aku dah guna sebulan lebih nano white dark spot corrective serum ni... Kiranya dari hari awal aku berpantang lagi dah guna. Kadang adalah juga skip sekali dua. Tapi ok lah.. still ada perubahan. Aku pernah story kat entry yang lalu.. sepanjang pregnant , skin aku tumbuh jerawat halus dek kerana hormon preggy mommy yang tak menentu.

So bila dah berpantang ni.. harus lah kena bersihkan skin-skin yang breakout hari tu.. jerawat dah tak ada dah.. yang tinggal hanyalah kesan-kesan jerawat tu. Since aku sangat berpuas hati dengan serum nano sebelum ni.. maka dengan penuh yakin aku cuba lagi yang khas dark spot punya. 

Resultnya dalam sebulan.. so wooowww..!!! Aku ada share gambar terbaru kat instagram aku di sini ESYAH296.. kesan jerawat dah tak ada.. skin pun jadi sekata.. tak adalah macam retis. Tapi untuk orang-orang biasa macam aku ni.. dah kira puas hati dah.. hehe


Antara kelebihan serum nano white jenis dark spot ni .. boleh refer gambar kat atas. 

Bagi aku.. berbaloi lah beli serum nano white ni. Sama dengan brightening intensive serum. Keduanya pun berbaloi. Cuma function berlainan. So.. aku rasa kena ada dua-dua sekali. Kalau serasi dengan skin.. tak ada masalah kot.



Texture serum ni.. dia agak pekat dan likat sikit. But still okay lah... tapi kalau aku , aku lebih suka brightening serum tu.. lebih ringan dan cepat serap. 

Yang ni.. aku suka guna masa tidur malam. Aku buat macam night serum lah. Gituu.. cuma bila bangun pagi..skin macam ada oily sikit. Dah memang skin aku oily kan.. nak buat macam mana. Asalkan jerawat tak tumbuh. Result dia power.. i okay je.. hehe.

So kedua-dua nya memang perlu ada kot.. kalau jalan-jalan.. aku lebih suka guna brightening serum tu.. sebab texture lebih lembut. Mix dengan makeup pun skin still cun. 

Dark spot ni.. aku dah try guna siang hari masa gi hospital bawa adik cek jaundis.. memang agak oily sikit.. so aku prefer guna malam hari je..

Apa-apa pun.. aku still prefer beli kedua-dua sekali.. memang dah jadi fav serum aku! Satu guna untuk siang.. satu lagi untuk night care.. hehe.

So kalau korang nak test.. makesure tahu skin type dahulu.. kena ingat , produk tak salah.. cuma skin kita agak sensetif sikit. Banyak kan membaca dan kenal skin masing-masing.
Kena tahu alergik pada bahan apa. Macam aku , tak boleh kalau fragrance yang terlalu kuat pada produk... 

Jangan beli produk sebab ikut orang lain ok.. beli sebab produk tu memang sesuai untuk kita. Macam mana nak tahu sesuai atau tidak. Kena refer previous punya perenggan.. fahami kulit anda , dan wajib tahu bahan produk apa sesuai dengan kita.. okay..? Semoga korang semua miliki skin yang cantik dan cun... tak mau suntik-suntik noh... hehe.. 

-
-
-
-
-


* Nano white serum adalah carian yang paling top melalui google setakat ini. Keyword-keyword ini muncul setiap minggu..

PLEASE KLIK  LINK DI BAWAH AND TEKAN VOTE

Kumpul Point Dengan JAG & Redeem Cash voucher


Seronok kak shaz sejak dua menjak ni dapat kumpul point dari JAG.. berbaloi sungguh! 

Cara pun mudah sahaja... tapi sebelum tu , kak shaz explain dulu apa itu JAG.


JAG ni satu aplikasi yang di bangunkan untuk pihak-pihak tertentu mengiklankan produk mereka yang baru pada orang ramai . Sebagai contoh macam MCD.. Samsung dan apa sahaja syarikat yang ada di Malaysia ni. 

Bagaimana cara nya untuk kita kumpul point melalui JAG?

Senang sahaja.. kita hanya perlu join kempen yang di sediakan oleh JAG setiap hari. JAG akan menawarkan point yang berbeza mengikut jenis kempen yang telah di berikan.


Ini contoh point dan kempen yang JAG sediakan.. mudah sahaja..

Anda hanya perlu regester di sini.. dan Install sahaja aplikasi JAG melalui playstore. 

Regester di sini

http://my.jagreward.com

Dah regester? Jangan lupa masukan Referral Id 

aisyahambris

Id tersebut perlu di masuk kan , untuk anda dapatkan bonus pertama dengan JAG


Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme


Yeahh... hadiah menarik. Aummm..
Tak yah beli dah kalau menang. Kahkah

CLICK BANNER TO JOIN US

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA



Ada siapa belum join Giveaway dari Blogger Nadia??
Kalau belum.. Boleh lah CLICK BANNER di atas.. 

Ni kak shaz story sikit pasal blog nadia ni...

APA YANG KAK SHAHZ SUKA DENGAN BLOG NI??



Kak shaz suka baca pengalaman yang dia share dalam blog. Zaman sekarang ni... orang lebih suka buat carian melalui google dan baca pengalaman blogger-blogger. Termasuk kak shaz sekali. Sejujurnya... kak shaz jumpa blog nadia melalui carian goolge mengenai Korea Trip.. hehe. 

APA YANG KAK SHAZ TAK SUKA MENGENAI BLOG NADIA?

Entry blog dia tersangat lah sikit.. hehe. Dan dan akak seronok baca pengalaman dia.. bila nak cari lagi entry-entry lalu.. rupanya dah tak ada.. mohon up entry banyak-banyak.. bagi akak baca.. baru seghonok.. Inysaa Allah akak komen selalu.

So kak cadangkan.. up entry selalu. Sebab blog nadia sangat menarik. Di instagram pun follower nadia cukup ramai. In syaa Allah kalau share link entry selalu dekat instagram.. lebib ramai pengunjung dalam blog awak

Itu sahaja... mohon maaf dari akak noh kalau lebih-lebih. Hihi


Segmen Blogwalking | Musfirahzn



Terjaga dari tidur.. jarang sekali dapat berblog sejak kelahiran anak kedua.

Hari ni kak shaz sempat blogwalking.. terjumpa entry segmen blogwalking dari blogger MUSHYZAINI

Dengan rendah hati.. kak shaz join sekali. Hehe.
Seperti biasa.. join contest..segmen adalah kesukaan kak shaz.  

Idea Terbaik Untuk " Wedding Gift "


Musim cuti sekolah.. maka bermula lah musim perkahwinan berlansung di sana sini. Sampai tak menang kaki di buat nya nak ke majlis perkahwinan saudara mara dan jiran tetangga. Sampai kan ada yang pening nak beri hadiah apa pada kedua mempelai.

Alaaa.. setakat nak bagi wedding gift ideas je. Tak lah susah mana pun. Apa lah korang ni.. sekarang segalanya di hujung jari . Tok sah penat-penat ke sana ke mari nak cari wedding gift. Meh kak shaz nak habaq sikit noh..

Untuk pengetahuan korang , zaman sekarang ni.. orang ramai lebih tertarik kepada barang yang custome made.  Kiranya , benda tu di buat khas untuk kita.. macam kak shaz pun kalau boleh semua barang nak custome made.. so apa yang kak shaz buat adalah buat tempahan melalui Printcious.

Kalau korang rasa nak bagi wedding gift yang tak boleh orang lupakan sampai bila-bila.. ini adalah salah satu cara terbaik. Buat custome made untuk hadiah si pengantin dari Printcious.
Mudah je wehh..

Korang Masuk je link https://www.printcious.com/
Ada macam-macam pilihan yang korang boleh buat .


Boleh custome made muka dekat puzzle.. serius benda ni menarik. At least kalau korang hadiahkan benda ni.. nanti esok diorang laki bini boleh lah enjoy playing the puzzle. Tak gituu ! Hewhew

Ehh ehh boleh buat canvas juga.. eyoooo!! Benda viral kot kat Facebook.. tapi kalau korang nak custome made sendiri.. dengan harga murah dan berbaloi.. kak shaz syorkan korang buat kat sini.. sebab terlalu banyak pilihan.. sampai terbuat untuk diri sendiri dah. Hihi



Tshirt , mugs.. cushion pun ado dik! Ni bukan setakat untuk wedding gift ideas je.. untuk diri walaupun boleh weh!

Ni yang kak shaz dah buat sendiri..

Yang ni kak shaz buat cushion. Buat sepasang pun okay..

Idea Terbaik Untuk " Wedding Gift "

Yang ni pulak kak shaz custome made tshirt.. ayat kat tshirt tu pun kak shaz sendiri adjust... semua nya design ikut kehendak kita..so wooow kan!!

Memang menarik sungguh! 

So siapa yang still runsing nak cari idea untuk wedding door gift.. boleh direct contact mereka.

Atau.. nak buat birthday party ke.. yelah nak buat tetamu lebih tertarik kan.. kita pun nak juga yang vogue.. so wedding photo booth rental ni la pilihan terbaik.. jangan lupa contact diorang di sini.. 

Sangat berbaloi.. kita senang hati.. semua pun senang hati.. tak gituu =)




Menang Contest Dari Blog CikLa

Alhamdulillah.. rezeki dapat menang contest dari blogger CikLa..


Lama dah kot tak menang contest.. hahaha. 
Kak sha memang sejenis yang suka join contest.. happy kot dapat hadiah. Tak kisah lah hadiah tu apa.. buku ke..shawl ke.. baju.. asalkan ianya dalam bentuk hadia memang menyeronok kan.

Btw.. kak shaz nak say thank you kat blogger Cikla sebab buat contest ni.
Lambat atau cepat segment berlansung.. ianya tetap membuahkan hasil.

Tak menang tak apa.. still dapat blogwalking dan tambah rakan dalam blog.. hehe.

Hadiah pun dah sampai ke tangan kak shaz semalam..
Cepat dan pantas je cikla.. thank youuuuu


Kak shaz dapat shawl dari cikla.. merah menyala gituuu.. boleh lah guna nanti . 
Jangan pelik dan heran dengan gambar di atas.. gigih kak shaz nak ambik gambar cun-cun. Tapi anak kak shaz kacau.. sudahnya , cup toys dia sekali enteprem..aduhaii..

KEYWORD MINGGU INI


Keyword minggu ini sama seperti minggu lalu... serum nano white masih lagi menjadi pilihan.

Laku sangat nano white ni... hihi. 
Carian paling top setiap bulan. Alhamdulillah. 

Semakin hari.. blog ni semakin pantas menjadi pilihan pengguna. Seringkali keyword mengenai produk-produk kecantikan muncul di google pencarian.

Alhamdulillah... 

Bahaya Bentan

Bahaya bentan... ramai tak tahu lagi.
Aku pun baru sedar betapa bahaya nya bentan ni.. sebab aku dah demam 3 hari beturut-turut. Sakit urat , pandangan pun kurang jelas.. sakit kepala tak terkata. Sungguh tak tipu.
Aku ada share pengalaman aku bentan kat sini


Bab bentan ni tak boleh main-main.. mak aku tau je yang aku demam , memang panjang lah dia membebel. Kan aku pantang sendiri start hari ke 9. Masa tu mak mertua aku dah balik. Aku pun rasa dah sihat sikit.. since aku dah lali ulang alik ke hospital bawa adik cek jaundis.. so aku rasa diri aku macam dah cukup kuat. Yelah.. dari first day je aku melahirkan.. aku dah turun naik dari wad ke NICU sebab baby kena tahan. Dah tu.. aku duduk berjam-jam lagi depan baby cot jaga anak aku. Setiap dua jam aku susukan anak.. kau bayangkan lah.. denga jahitan bawah tak sembuh.. duduk berjam-jam dekat kerusi. Mau tak kebas punggung. Hmmm.

Banyak perkara yang terjadi.. so benda-benda macam ni lah aku rasa jadi kuat... sampai kan aku terlupa yang aku sedang berpantang. Hari ke 10 aku dah masak. Husband cakap tak yah buat pun.. aku tetap buat je. Sudahnyaa.. malam tu juga aku demam.. sampai 3 hari berturut-turut. Rasa menyesal pun ada..hmm

Bahaya kot bentan ni.. salah satunya yang aku tau.. Boleh bawa maut. Yee seriuss.. jangan main-main.

Bentan kalau di biarkan memang boleh bawa maut.. sebab tu lah suami atau saudara mara terdekat kena bagi semangat dan tolong mereka yang tengah berpantang. Yelah kadang-kadang orang berpantang ni mudah stress.

Macam aku.. anak tengah jaundis , memang stress lah... nasib baik ada suami , dan rakan2 blogger yang beri semangat. At least ada yang bantu dari segi emosi. Benda-benda macam ni penting.


Kalau rasa stress masa pantang..cuba berkongsi dengan kawan terdekat.. atau mak ke , suami.. siapa sahaja.. asalkan beban dan stress boleh di leraikan. Gitu...

Apa-apa pun.. saya doakan mereka yang berpantang.. selamat berpantang. Makan makanan berkhasiat , minum air secukupnya. Tak yah lah ikut sangat tak boleh minum air. . Dehidrasi kang.. baru tau.. hihi

Set Berpantang Air Mancur Jadi Pilihan Suami

Dulu masa anak pertama.. aku guna set berpantang tanamerah dengan afiat. Tanamerah tu aku beli loose sahaja.. and afiat fullset. Bagi aku okey je.. best lah. Cuma masa guna set afiat tu.. aku lansung tak makan ubat yang ada dalam tu. Paling aku suka mandian serai wangi afiat. Yang ni aku repeat oder sampai beli 3 botol. Aku guna sepanjang pantang. Rasa segar je mandi dengan mandian tu.

Untuk anak kedua ni.. aku guna air mancur . Sebabnya set berpantang ni.. husband aku yang belikan. Hahaha. Kan aku dah terberanak awal. Masa usia kandungan 33 weeks 6 days.. lepas keluar wad. Aku continue kat NICU pulak sebab baby kena tahan kat situ. So barang pantang semua husband aku yang cari dan sediakan. Aku tak kisah sangat bab barang berpantang ni.



Setakat ni.. aku okay suka je dengan set air mancur ni. Kakak aku pun guna set ni dari anak pertama sampai ketiga. Even my mom pun dulu guna set berpantang yang ni. Dah besar panjang dah aku. Hahaha. My mom bagitau , masa zaman dia.. air mancur ni baru RM30-RM40.. sekarang dah RM90. Huhuhu.. jauh nau naik harga. Sabar la.. zaman abg jibby. Semua naik. Hehe

Balik pada set berpantang ni.. jamu yang ada dalam tu aku tak ada ambik lansung. Sebab anak aku kan jaundis.. lagi pulak , anak aku kan premature.. awal-awal lagi doktor dah pesan jangan ambil sebarang jamu-jamuan dahulu sebab baby fully bf.
So aku hanya guna yang luaran sahaja macam param pilis tu..
Bila guna pilis baru rasa diri tu betul-betul berpantang.


Selain daripada barang berpantang aku dalam box ni.. ada juga minyak telon baby di sediakan. 2 botol pulak tu. Aku rasa set ni sangat berbaloi lah.. murah pun murah. Lengkap pulak tu. Mungkin kalau ada rezeki anak ketiga.. aku beli yang ni je la. Sepanjang zaman kot benda ni.. sampai sekarang ada lagi.

Kalau pun aku nak mandian herba ke apa.. aku beli loose je dari tokoh jamu yang ada.. pun still murah lagi. Tak adalah bazir duit beli set berpantang yang lain sampai tiga ghatus hinggit. Betul dok?

Tak pun.. mak aku jenis tau herba-herba untuk mandi.. sauna.. tangas pun ada.. so aku tak risau sangat nak beli benda-benda tu semua. Boleh je beli kat pasar.. nanti boleh buat sendiri untuk mandian. Yang ni dah turun temurun. Tak yah susah-susah nak beli. Hehehe

So kalau ada yang nak berpantang nanti.. and nak set yang murah.. aku syorkan guna yang ni je. Berbaloi sangat.. hehe

SkinCara Masa Pantang

Dari hari pertama aku melahirkan.. tak pernah sekali pun aku guna sebarang skincare. Mungkin juga sebab aku terlalu busy dan susah hati memikir kan keadaan anak. Sampai tak berkesempatan lansung nak jaga muka sendiri. Masa pregnant hari tu , aku memang ada bagitau nak tukar skincare... cuma tak sure nak beli brand apa dan apa yang sesuai dengan skin aku sekarang. Masa pantang ni.. skin aku jadi kering pulak.. dulu masa pregnant memang oily gila! Biasalah.. hormon kan.. hehe

So semalam aku mengadu dengan husband.. banyak jerawat halus tumbuh kat dagu... plus pores pun makin teruk. Dan hari ni husband bawa terus ke guardian.. wahhh tengah-tengah pantang weh ke guardian. Hahah. Tak apalah.. janji terbeli yang kita nak. Hehehe. Sekejap je pun.

Lama juga lah aku ke guardian.. tapi tak beli selengkap-lengkap nya.. aku tak ada ambil moisturizer. Aku jarang sangat guna moisturizer ni.. skin aku cepat berminyak. Tak kisah lah apa jenis moisturiser. Setakat ni.. nivea night cream tu je sesuai dengan aku.. stok kat rumah pun masih ada.. tu sebab aku tak beli juga.


Antara barang yang aku sempat beli... 

1. Hada Labo Face Wash
2. Clay Mask Freeman
3. Garnier Micellar Water
4. Nano White Toner
5. Nano White Serum - Dark Spot Corrective Serum

Ada beberapa barang lagi yang aku beli.. tapi haircare.. bukan skincare. Hehe. 

Aku saja beli lain-lain brand.. sebab before ni , aku guna nutox fullset.. dulu-dulu aku pernah guna bio essense. Mostly aku ambik fullset. 

Kali ni aku cuba lain-lain pulak. Harap-harap berbaloi! 


Untuk nano white ni , before ni aku memang guna serum dari nano white juga.. tapi jenis intensive brightening.. aku ada share di sini..


Tapi kali ni aku ambik untuk dark spot pulak. So far..aku bagi 10 bintang untuk nano white punya serum.. sangat recommended to others. Speacial kali ni.. aku try toner dia sekali. Kalau okay dengan aku , nanti aku beli pulak cream sekali. Haaa macam tu.. 


Yang ni pulak... clay mask freeman. Aku tak pernah guna lagi apa-apa produk dari freeman. Cuma baca review orang je. Harap-harap sesuai dengan aku.


Hada Labo face wash ni pulak.. aku dah tak tau nak guna face wash apa. Hahaha. Last-last aku grab ni je. Ntah lah okay ke tak.. 

Harap-harap lah parasit dari muka ni boleh hilang. Hahaha. Jenuh sungguh bekas jerawat masa pregnant hari tu. 

Nanti aku review eh kalau berkesan ke tak... hihi.

Dari Kisah Rumah Tangga




Aku bukan lah pengikut page KRT ni.. tapi aku terbaca sebab ramai yg share.

Nak tergelak juga baca.. kadang , ada betul nya juga apa yang di katakan si pembawang.. haha

Nak isteri cantik..dia perlu jadi suami yang berguna dahulu. Isteri yang cantik di sebabkan ada suami yang support dia untuk lebih berkeyakinan.. 

Tu la fungsi suami... bukan setaka batin je , ada pelbagai sudut kena ambik kira. Nak isteri lawa.. nak isteri cantik. Sila lah bagi dana yang mencukupi.. tak gituuu

Bentan ka??

Sepanjang aku berpantang 15 hari ni.. aku tak pernah lansung ada "me time" macam orang lain.
Ada pun urut rahim kejap je masa hari ke-7... ye rahim je..(eh rahim ke peranakan) bidan cakap tunggu 44 hari baru urut habis.. dan aku pun iya kan sahaja lah.. kalau ikut kan hati , aku nak urut satu badan.. penat bersalin pun tak habis lagi.

Kakak peneman setia mommy

Sambung keluar masuk SCN... sebab adik premature , lepas tu.. keluar berapa hari je , admit semula sebab jaundis atas 240. Aku memang ulang alik lah pi hospital sebab cek kuning. 

Mandi aku memang tak pernah skip air panas.. di awal hari 7 , aku adalah juga mandi herba.. semua tu husband aku yang sedia. Cuma kadang-kadang aku kesian tengok husband aku kepenatan...

Mana lagi nak urus kakak yang tengah selesma tak habis-habis.. bila anak-anak selesma ni... dia punya cerewet tu boleh tahan juga. Nasib baik batuk dah ok.. tu pun lepas aku bagi aiskrim vanila. Aku tak tau la mana petua aku ikut.. tapi tiap kali  kakak batuk.. aiskrim vanilla je la ubat nya..

Nak di jadikan cerita.. berapa hari tu aku tawarkan diri masak... sebab nak sediakan lauk berpantang.. aku cuci piring.. bagi aku kerja tu tak lah berat , sebab husband aku dah prepare semua bahan. Siap jak masak.. ntah macam mana aku boleh tersadung bucu besi buaian kakak. Tak sampai sejam aku demam teruk.. sakit urat siap menangis-nangis. Aku mengadu rasa nak mateyyyy weh! Walaupun husband kadang-kadang buat muka pelik dengan keadaan aku... dia tetap tolong buh minyak panas.. urut satu badan... sejam lebih je badan berpeluh tapi tak adalah sihat terus. Sebab aku kerap sakit kepala... cek hb cun 11.80. Maybe kurang tidur.. sebab every 2 hour , aku breastfeed baby... so aku agak...aku bentan la kot. Mungkin la..aku tak mahir sangat bab bentan..

And second day nya tu..which is hari ini lah... jumaat 13 April 2018 , pukul 1 pagi macam tu..aku di serang semula demam. Tapi demam sebab bengkak susu. Yang ni aku dah bersedia hadap. Sebab lahirkan anak ptemature.. dia punya tune menyusu tak sama dengan normal.. dia susu sikit-sikit je... tong tak besar agaknya. So peratus bengkak susu tu kuat. Aku ada juga pam kalau berkesempatan.. tapi aku terlalu letih. Memang masa tidur aku paling lama 1.30 jam sahaja.. tak apa , aku redha.. asalkan adik boleh susu kerap dan jaundis hilang. Sakit bila susu bengkak.. lepas tuam je baru rasa lega.. bayang kan lepas susukan adik dalam pukul 1 lebih.. aku terus tuam dengan air suam. Dalam 1 jam juga sesi tuaman.. 

Aku bab breastfeed ni tak ada masalah.. anak pertama aku berjaya susu kan sehingga 2 tahun 3 bulan.. berhenti sebab doktor syorkan. Rahim aku tak kuat..kerap sakit. Sebab tu aku sampai lahirkan baby premature. So far.. sepanjang putus susu tu.. kakak bekerjasama dengan baik sekali. Alhamdulillah.. kakak anak yang baik.
Lagi pun aku dah pernah ikut kursus susu ibu ni dulu masa pregnant anak pertama. Syukur ilmu tu sangat berguna sampai sekarang. 
Masa di SCN pun aku tak ada masalah nak keluarkan air susu.. semuanya aku mulakan dengan pam sahaja bagi banyak kan supply... demand ni sentiasa ada , yang wajib kita kena jaga adalah supply...adik 3x sahaja belajar cara hisap , kemudian dah pakar. Hihi. 

Begini la bila jadi ibu... berat , bukan mudah... semoga aku jadi ibu yang kuat dan boleh didik dua puteri ku dengan sempurna. Semoga mereka jadi orang yang taat pada agama kelak.

Jaundis Adik Tak Habis Lagi

Hari ni.. genap lah usia adik 15 hari. Hari tu admit wad 1 malam sebab kuning baby 241.. 1 malam duk bawah lampu biru , kemudian turun 218.. alhamdulillah.


Esoknya cek lagi.. turun 203. Rest sehari je kemudian hari ni cek kuning semula.. cuma turun 1 sahaja.. bacaan jadi 202. Serius aku tak tipu. Aku pun pelik. Aku tak ada lansung makan jamu-jamuan. Sup yang berasaskan halia.. serai semua tak sentuh. Makan pun dah cukup jaga dah. Buntuh dah otak.

Suppose to be doktor nak cek hati baby hari ni.. tapi memandangkan baby premature tak cukup bulan , so doktor bagi baby rest dahulu sampai selasa next week. Aku harap sangat cek kuning nanti.. baby dah sihat. Bebas jaundis.

Aku pun dah tak larat dah... orang lain seronok je pantang.. yang aku pulak hari-hari hadap hospital. Tak sampai hati tengok anak kena cucuk. Kadang sampai 2x cucuk darah tak keluar.. Allahu. Berat sungguh ujian Allah.

Baby Admit Lagi

Tau tak tahap kesedian aku macam mana???????? Yang kakak sakit tak baik-baik...
Adik pulak , keluar masuk wad sebab jaundis.
Allahuakbar.. tak terkata beratnya.
Sungguh!!! Bab anak-anak ni.. aku jadi lemah sikit.. lagi-lagi bila baby sakit..

Hari ni , adik dah hari ke 10... kuning naik sampai 241.. kalau hari tu dah turun 200. Entah macam mana boleh naik mendadak. Aku redha.. walaupun berat...


Memandangkan adik baby prematured.. so dia perlu kena admit walaupun kuning 241... actually doktor cakap , 300 baru admit... tapi adik kan baby prematured.. so dia perlu kena pantau lebih awal. Kesian adik. Dah lah hari-hari kena cucuk. Hampir putus asa dah rasanya...

Dengan kakak sakit tak baik-baik... Allahu.. Tak tau nak kabar macam mana lagi. Berat yang amat...

Macam-macam dah aku mandikan anak... tetap macam tu juga. Kalau bagi baby setitik dua titik tu aku memang tak berani... sebab adik tak cukup bulan. Aku tak nak ambik risiko lain.. cukup lah apa yang ada sekarang.

Yang penting.. baby kerap breasfeed.. aku memang jaga setiap jam.. aku memang pastikan baby susu kuat.

Hari ni juga aku baru berkesempatan ambik alfafa dengan ESP.. harap-harap kuning baby turun mendadak esok. Dah tak sanggup!!!


Tali Pusat Adik Dah Jatuh

Akhirnya.. hari ke 10 baru tali pusat adik jatuh. Cuak juga sebab lambat sangat jatuhnya. Yelah.. ada je suara-suara sumbang cakap kalau tali pusat baby lambat jatuh.  Katanya degil .

Aku tengok.. yang jatuh seawal 3 hari pun boleh tahan juga degil budak tu . Aku jenis mak yang tak suka kepercayaan pelik macam tu. Bukan lah aku nak belakang kan cakap orang-orang tua. 

Tapi... Anak-anak ni , kita yang akan corak diorang. Kita yang bentuk diorang. Acuan nya adalah kita. Mak Bapa.
Kalau acuan baik.. maka baik lah jadi nya. Kita adalah contoh pada anak-anak.

Harus lah didik sebaik mungkin. Jadi ibu bapa ni.. kita kena tunjuk benda baik.. cakap elok-elok. Betul , adakala nya kita teruji dengan sikap anak. Sabar lah.. mungkin itu lah sikap kita dulu pada ibu bapa kita. Anggap lah ianya satu pengajaran. Kalau kita berjaya sekarang , itu tanda nya ibu bapa kita berjaya didik kita.

Kenapa kita tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dalam mendidik anak kan.

Eh melalut jauh dah aku ni.. walhal nak cerita tali pusat anak je pun. Hahaha

Btw.. walaupun hari ke 10 tali pusat adik jatuh. Aku dah cukup happy.. at least mudah sikit kerja nak mandikan dia.. nak pakai kan pampers.
Kadang-kadang rasa takut juga bila tali pusat tak jatuh-jatuh lagi. Takut kena jangkitan ke apa.. nauzubillah.. alhamdulillah semuanya baik-baik setakat ni.. 

Selawat Nabi


Jangan lupa selawat setiap hari.. moga-moga kita semua sentiasa istiqamah dan di lindungi daripada perkara buruk.

Jadikan amalan setiap hari.. jangan lupa. In Syaa Allah banyak kelebihan nya.

Dugaan Anak-Anak sakit

Since aku keluar hospital hari tu , si kakak memang dah selesma. Tapi tak teruk sangat... dah nak sembuh. Dua hari duduk rumah dan bawa baby baru dia macam tertanya-tanya... bingung. Dan ada masa dia buat hal.. menangis.. tantrum. Dugaan sungguh!

Hari ketiga kat rumah.. dia demam ,plus batuk teruk... siap gi nebulizer lagi. Tak habis lagi kisah adik dia jaundis sampai 230... kakak pulak pakej demam , batuk semua.. sedihnya rasa hati.

Mak mana sampai hati bila tengok anak-anak sakit..
Dengan aku yang tak habis pantang lagi... In Syaa Allah aku masih positif walaupun bertalu-talu ujian datang melanda. Allah pasti beri sesuatu yang lebih baik kelak.

Cuma adakala nya... kita ni manusia kan , memang tak lari dari mengeluh. Sungguh pun berat ujian.. kita redha. 
Semoga semua ni berlalu dengan cepat.

Gambar kakak masa setahun.. saja guna gambar ni..
Rindu masa dia kecik-kecik.. laa ni dah nak 3 tahun.. tantrun dia boleh tahan juga.

Tak sabar si kakak sembuh... adik bebas dari jaundis.. boleh mommy dengan daddy rest. 
Sakit nya bila anak sakit tuu terasa sampai ke hati..
Kadang-kadang hati berkata " biarlah aku yang sakit..jangan anak-anak " 
Sedihnya la haiii.. sampai blog pun ,email-email client nak buat review tak sempat reply.. mohon maaf dari kak shaz.. tiada niat di hati pospon semua review. Anak-anak tak sihat.

Kak shaz mohon doa yang baik-baik dari korang semua..

Sepatutnya Aku 35 Weeks Hari Ini , Tapi...

Sepatutnya aku 35 weeks dah hari ni... Tapi Allah tu sebaik-sebaik perancang.. Aku bersalin masa 33 weeks 6 days!


Alhamdulillah... walaupun baby lahir awal , kejadian nya sangat perfect.. cukup sifatnya. Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

Now struggle nak turun kan kuning anak pulak. Huaaa... harap semua nya setel cepat. Nak rest sungguh-sungguh dah. 

Doa untuk kak shaz ye..




Baby Jaundis Lah Pulak

Baby baru je keluar wad 3 hari lalu. Semalam cek  kuning.. tinggi lah pulak... aduhhh. Tak habis lagi kesedihan akak ni.


Semalam result kuning 219. Hari ni turun sikit 212. Walaupun tak banyak... asalkan dah turun sikit. Hati tak risau sangat.

Kadang tak sampai hati tengok. Dah la baby prem... ambik darah balik-balik lagi. Aduhaaaaiii

Siapa ada tips untuk turun kan kuning dengan cepat.
Please shareeeeee

Wednesday Quote #1


Full of blessing.. ❤❤

Pengalaman di NICU 5 Hari

5 hari duduk dalam unit rapi khas bukan benda yang mudah. Lagi-lagi bila dalam keadaan berpantang.. Dari 1st day bersalin lagi.. aku dah ulang alik masuk NICU . 
Aku kat NICU sebab melahirkan anak masa usia kandungan 33 weeks 6 days! And the baby of course lah prematured kan since dia dah keluar before 37 weeks!

Tapi anak aku lahir 2.0 kg. Before melahirkan pun.. aku sempat ambik dexa 2 kali untuk matangkan paru-paru baby. So masa baby lahir.. baby tak di berikan sebarang bantuan alat oksigen. Masuk kaca sekejap sahaja dalam 2 hours sebab nak makesure dia boleh adapt dengan new environment. Yelah duduk dalam perut kat rasa suam-suam. Hehe

Masa duk dalam NICU , aku ingat anak aku paling low weight. Sedih memang sedih.. down sangat. Down bukan sebab lahirkan baby prematured. Tapi sedih takut baby ada apa-apa. Takut ada jangkitan ke apa.. sebab aku pecah air ketuban terlalu awal.. baby pulak keluar after 5 days.
 Suppose to be... day 6 tu , doktor suggest dexa one more time. Tapi aku tak nak dah.. doktor bagitau dexa tu boleh tahan dalam 1 week sahaja.. incase baby tak lahir lagi dalam 1 week gitu.. kita kena ambik dexa semula sebanyak 2x. 
Aku bab cucuk dexa ni.. surrender sangat. Aku rasa sakit nya lebih kurang macam nak meneran bagi keluar kepala baby je. Seriau rasa!
Dah lah aku menahan contraction tiap hari. Huaa tak sanggup rasa kalau ingat balik. Aku pun tak tau macam mana aku boleh lalui benda sukar tu.

Back to nicu punya topic! 5 hari aku dalam tu  banyak benda aku belajar. Satu sabar.. dua kuat , berdikari. Kau bayangkan lah.. dalam keadaan berpantang.. sakit jahitan , badan lemah.. tak cukup tidur. Tapi kau terpaksa ulang alik keluar masuk nicu untuk breastfeed baby. Anak aku pulak jenis menyusu kerap tapi kuantiti yang sangat sikit. Mungkin juga food container dia tak cukup besar. Hahaha.

So setiap 1 hour aku memang akan breasfeed baby.. sampai kadang aku terpaksa bertahan duduk di kerusi berjam-jam lamanya semata-mata nak duduk sebelah baby . Sedih sungguh! Majoriti... semua mommy yang ada dalam tu muka dalam keadaan sedih.. dan di penuhi rasa berharap agar anak cepat sembuh. Ada yang anak 1.3 kg sahaja.. ada anak kembar. Kuning tinggi. Ada anak bergantung pada oksigen setiap masa sahaja. Macam-macam benda yang ada dalam tu. Tapi tujuan mommy semua sama sahaja. Berharap anak cepat sembuh dan boleh balik rumah. 

Duduk dalam NICU satu perkara yang bukan mudah ye. Sedih nya duduk dalam tu sukar nak di ungkapkan. Rindu anak di rumah.. risau anak dalam tu. Risau keadaan diri sendiri. Macam mana kalau aku sakit. Siapa nak jaga anak aku... dengan luka berpantang yan tak sembuh. Seribu kali pun kita luah pada orang.. orang tak kan faham betapa sakitnya rasa tu...

Hari ke-4 aku dalam tu.. baby di masuk kan dalam kaca semula sebab berat baby drop dari 2.0 kg le 1.97 kg. But its normal for baby prem kata doktor. Cuma kena jaga sangat.. plus masa tu baby kuning sampai 165.. dan dia perlu duduk bawah lampu tu.
Hampir 24 jam juga baby duduk dalam tu.
Cabaran sungguh bila nak breastfeed baby. Nak buka incubatur dengan kerap pun tak boleh. Nurse pesan kalau baby betul-betul menangis sahaja baru keluarkan.
Mak mana tak sedih... aku duduk dalam tu memang bertemankan air mata je. Nak bersembang dengan mommy lain pun aku tak de mood. Aku tengok.. ada juga kadang-kadang mommy dalam tu duduk berkumpulan di depan tv. Sembang kosong.. mungkin juga hilangkan tension masing-masing. 

Tapi selama aku duk dalam tu.. aku jarang sekali bercerita dengan mommy lain.. habis breastfeed baby.. aku memang ambik masa even 30 minit sekali pun untuk rest. Sebab takut luka jahitan lambat sembuh. Kang tak pasal-pasal.. baby belum sembuh. Mak admit semula. Nauzubillah. Jangan lah. 

Sumber : google

Last masa day 5 tu... doktor tanya if aku yakin sangat bole jaga baby kalau dah keluar dari nicu. Aku jawap YES dengan penuh yakin weh! Sebab memang tu yang aku nantikan... akhirnya , baby dah boleh balik rumah jumpa kakak nya.. syukur sangat... apa yang aku harap , semoga mommy dalam tu semuanya kuat.. baby kuat dan cepat sembuh.

Aamin..

Boleh ke Beli Barang Baby Awal?

Boleh ke beli barang baby awal-awal?? Maaf andai topik aku kali ni terlalu sensetif. Saja je tanya. Since aku dah terberanak awal.. saja lah share kan pasal ni. Hihi

Dulu masa anak pertama.. kandungan 7 bulan aku dah standby beli barang baby. Sebab anak pertama kan... excited nya lebih sikit. Yelah.. 2 tahun kot aku khawin baru pregnant. Lama tunggu. Hihi 
Boleh kata.. 7 months tu , semua barang dah lengkap. Head to toe! 


Tapi yang second ni.. bukan lah kata tak excited , sama excited yang first. Sebab 2 tahun lebih juga lah jarak dengan kakak.. Ni sebab aku merancang k...hehe 
Cuma.. dari awal pregnancy lagi , orang selalu cakap jangan beli barang baby awal.. kang kandungan ada apa-apa ke.. ?? Hmm.. means kandungan tak selamat ea?? Macam tu la kot maksud makcik bawang. Hihi

So aku macam.. okay.. baik lah makcik pakcik. Sudahnya.. bila kandungan 33 weeks , seketul baju baby pun tak dak lagi. Dan dan.. aku dah nak bersalin. Ya Allah! Giler kelam kabut jadinya.. 8.30 malam aku pecah ketuban. Pukul 9 malam aku dengan husband beli baju baby 2 3 helai dengan kelengkapan yang lain.. Aduhaii

Nampak tak? Beli awal ke..beli lewat ke , sama je. Bukan kata nak belakang kan kata orang tua-tua. Tapi semua nya bergantung pada kita. Doa baik-baik je.. kata fatah amin. Eh! Heheh

Bagi aku.. tak de salah nya kau nak beli awal-awal. Bab jantina , belakang kira.. beli je lah colour pastel.. white colour ke. Simple kata.. beli yang jenis unisex colour.

Kenapa perlu beli awal..? Kang jadi macam aku terberanak awal.. jangan fikir negative please. Beranak awal , tak semestinya baby tak selamat. Even baby 900g pun.. still membesar dengan elok. Kuasa Allah.. siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. Sebagai ibu mengandung.. minta la doa baik-baik.. di panjangkan umur anak dalam kandungan.. semoga semua selamat. Dah kenapa anggap " beli barang baby awal-awal penyebab kandungan kita tak selamat " 

Hmmmm... mohon yang berfikiran begini , ubah mindset anda.. berdoa lah. Minta yang elok-elok..pasti benda yang baik-baik akan datang. 

To mothers yang ada di luar sana.. kalau nak beli baju baby awal-awal. Beli je la.. dah beli nanti ,simpan kat almari terus. Jangan beriya dok tunjuk pulak. Tak pasal-pasal kena kecaman dan makian free. Haha. Beli..simpan dan senyap je. Gituuu. Telinga tak sakit.. hati pun tenang.


Earning Pertama Dari Google AdSense

Entry jakun di awal april. Hahaha.
Hari tu aku ada update pasal Adsense dah aprove aku punya application kat sini


Alhamdulillah. Lepas approve.. aku slow-slow study pasal AdS ni.. tapi tak adalah aku dapat puloh-puloh usd sehari.. nak dapat 0.01 pun amat susah weh! Ni nasib je.. hahahaha.. 

Lagi pulak.. aku lama admit kat sepital kan. So lama tak update blog. Ada pun sekali dua je. Ni dah keluar. Sat lagi entry aku berlambak arh! Hehehe. 

So here we go!! 


Korang tak yah lah gelak sungguh! Kan aku dah bagitau awal-awal ni entry jakun. Hmmm... tengok lah earning pertama aku dari google AdSense. Aku share untuk tatapan masa akan datang. Kot lah akan datang sehari boleh 100usd.. kahkah. 

Excited kot dapat earning... bukan nya buat kerja berat mana pun. Duduk diam je goyang kaki update blog. Dah dapat income. Ni baru betul..goyang kaki dapat duit. Hahaha.

Tak yah susah-susah nak fikir cari 5 kepala dapat 10%... dapat roi bulanan bagai. Last-last lebur puluhan ribu. Ye dok?? Hehe

Selain dari google AdS ni.. aku ada buat side income juga kat playstore..  tapi nanti aku cerita lah macam mana buat duit dari google play store pulak. Hihi


Setakat ni.. aku dapat 37usd je. Tak banyak pun. Slow-slow. Heww

FACEBOOK FAN PAGE UNTUK DI JUAL


Anyone yang tengah cari Facebook Fan Page untuk Bisnes??

FACEBOOK FAN PAGE UNTUK DI JUAL

Likers dah ada dalam 3k lebih.


Jual sebab page ni terabai dan tak terjaga..
Mostly likers adalah malaysia.

Nak tengok page ni.. boleh search di facebook 
Jodoh di Tangan Tuhan

Atau kalau nak contact owner secara terus.
Boleh email ke aisyah.ambris@yahoo.com


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED