Cepatnya masa berlalu.. kalau anak first dulu , 7 bulan dah macam-macam barang anak aku beli. Haha. Laa ni , seketul pun tak ada lagi. Ingat next week baru beli. Serius busy yang amat sampai tak perasan dah 32 weeks 2 days! Makaiihh.. cepat nau masa berlalu.
Sepanjang kehamilan kali ni , alhamdulillah.. aku tak pernah demam , selesma , batuk dan sebagainya. Dari awal pregnancy lagi perkara paling aku takut masa pregnant adalah demam , selesema dan sejenisnya. Sebab waktu pregnant kat wawa hari tu.. aku kerap demam , batuk semua tu. Memang azab lah. Siap warded lagi!
Syukur kali ni , memang tak ada lansung.. cuma sekarang problem adalah hb rendah. 10.8.. yang azabnya kena makan iron tablet hari-hari sampai dua biji. Dah lah ubat tu buat aku pening setiap masa. Bersabarlah. Mak aku pesan , lain anak..lain ragam nya masa mengandung. Sebagai ibu.. kita redha dan bersyukur sahaja..Asalkan tak ada perkara yang tak elok berlaku pada kita dan kandungan... sesungguhnya Allah menguji umatnya mengikut kemampuan masing-masing. Gituu
Bab jantina pula.. husband aku nak buat collection anak perempuan. Hahaha. Katanya sejuk rumah.. Raya pun senang , ramai tukang masak. Hihi. Kalau aku , dapat lelaki pun okay.. at least ada pelindung pada bidadari mommy ni. Tapi kalau Allah dah kurniakan anak perempuan pun. Aku okay sahaja. Rezeki juga khenn. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Dah berapa kali buat 3d scan , baby tak tunjuk lagi jantina.. so kitaorang decide tak perlu cek lagi. Tunggu lahir je. And barang-barang dia pun kita beli colour white and cream sahaja. So nanti keluar , mudah sikit. Kang beli pink colour.. keluar nya biji nangkah. Hahaha.. beli biru , peanut butter pulak keluar. Naya lah mommy. Hahahaha.
Yang penting.. baby sihat nanti.. cukup sifat.. semoga di bawah lindungan Allah swt. Tak lama lagi nak bersalin... due mommy 10 May ni. So masa korang puasa.. kak shaz melantak makanan berpantang.. ok juga lah. At least boleh diet. Hihi.
Korang doa yang baik-baik buat kakak eh..
Salam hujung minggu semua..
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~