Sejak aku dah masuk 3rd trimister ni , keletihan aku makin menjadi-jadi. Sampaikan rutin nak mandikan anak pun , semua husband aku ambil alih. Baju-baju semua husband aku basuh. Mujur washing machine tu auto. Kalau tak , kesian husband aku.
Tugas aku , masak je setakat ni. Selebihnya memang husband aku yang buat. Kadang-kadang terpapar juga wajah keletihan. Sampaikan waktu tidur husband aku bedengkur tak ingat dunia. Sayu hati aku tengok...
Aku pun pelik , pregnant kali ni. Keletihan aku tu teramat-amat letih. Tak bermaya lansung. Nak makan pun tak ada selera. Berkali-kali dah aku merungut depan husband. Bukan sebab tak bersyukur dengan makanan yang ada. Mungkin juga pembawaan.
So far , sepanjang aku pregnant kali ni.. tak pernah lagi aku mengidam nak itu ini. Cuma husband aku je kerap mengidam. Hari-hari dia teringin makan itu ini. Sampaikan dia mengidam jajan yang zaman 80an dulu. Haha. Puas dah cari tak jumpa.
Nampak tak.. Tuhan tu adil , mungkin aku tak banyak songeh nak mengidam itu ini. Problem aku kali ni cuma cepat letih je. Supplement toksah cakap lah. Aku dari dulu memang consume shaklee.. since anak pertama lagi. Tapi memang pregnant kali ni.. aku rasa tak bermaya sungguh!
Tapi aku bersyukur sangat husband aku memahami... esok dah bersalin nanti.. nak bagi husband rest banyak-banyak. Layan dia macam raja pula sebagai tanda terima kasih. Baru lah adil kan. Hehe.
Kalau ada sesiapa yang nak bagi tips bertenaga masa pregnant.. boleh lah share kat komen ye..
Adiosss..
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~