Alhamdulillah , akhirnya bounce rate dah turun. Masa guna template yang lama. Bounce rate maintain je. Lepas tukar template baru.. Tiba-tiba bounce rate cecah 75.60%. Fuh tak elok untuk blog. Nanti kalau bounce rate terlalu tinggi , google akan menggangap entry kita dalam blog tu tak berkualiti. So memang kena lah jaga bounce rate blog masing-masing.
Yang kak shaz tahu , semakin tinggi bounce rate blog kita.. semakin besar lah kuantiti orang yang tak berminat dengan blog kita. Kiranya , dia dah in ke blog kita.. lepas baca je dia terus close , dah tak berminat pada entry lain. Gituuu
So , sejak naik mendadak macam tu.. kak shaz memang banyak search cara nak rendah kan kadar bounce rate blog. Then jumpa blog Mimi di sini...
Dia ada kongsikan blog mana yang dia follow step untuk kurang bounce rate.. So far , kak shaz dah guna cara tu.. Dalam masa 5 hari je , bounce rate turun weh!!
Ni kak shaz tunjuk bukti siap-siap.
Actually , sebelum buat step turunkan bounce rate blog tu , peratus BR kak shaz 75.60%
tapi tak sempat screen shoot. Sudah nya , second day tu baru terfikir nak screen shoot.
Gambar atas ni , hari kedua selepas follow step asal .. Dari 75 turun ke 68.67% , still kira tak elok lah untuk blog kan.
Yang ni hari ke tiga.. semakin menurun. Semakin hati kak shaz senang.. hewhew. Penting ni BR.. lagi-lagi kalau kita ada pasang iklan adssense. Cuma kaitan google adssense dengan BR ni kak shaz tak pasti lagi kebenaran nya sama ada effect pada adssense kita atau dak.. ni daripada apa yang kak shaz baca sahaja.. from indonesia punya blogger.
See.. hari ke empat lagi dia turun... seriuss membantu sangat tutorial tu. Tak sia-sia follow step tu! 42.69 beb!!! Hati manyak senang wo... yehaauuu
And the last punya screen shoot.. kak shaz baru je screen shoot beberapa minit yang lalu sebelum update entry ni. Wowww dah 29.32..
Walaupun still dalam rate yang hmmm..tapi dah boleh duduk selesa.. In Syaa Allah nanti akan semakin turun la dia.. hehe.
So lepas ni , nak maintain... kena up entry yang berbaloi dan berkualiti. So bila orang masuk blog pun , orang akan lebih berminat nak baca apa lagi entry kita yang lain.. selalunya , blog yang ada niche khas lah... contoh macam kalau blog kita cerita pasal beauty.. orang yang masuk blog pun akan terus menerus cari entry kita yang lalu berkaitan kecantikan.. kira dia sangat berminat stay lama-lama dalam blog. Jadinya bounce rate blog kita akan semakin berkurang.
So mana nak tengok bounce rate blog kita?? Jangan lupa link kan blog anda dengan google analytic dulu okeh.
Nak info lanjut.. korang google-google lah.. demi kebaikan blog masing-masing juga.
Adiosss
No comments:
Post a Comment
Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!
~.~