Bentan ka??

Sepanjang aku berpantang 15 hari ni.. aku tak pernah lansung ada "me time" macam orang lain.
Ada pun urut rahim kejap je masa hari ke-7... ye rahim je..(eh rahim ke peranakan) bidan cakap tunggu 44 hari baru urut habis.. dan aku pun iya kan sahaja lah.. kalau ikut kan hati , aku nak urut satu badan.. penat bersalin pun tak habis lagi.

Kakak peneman setia mommy

Sambung keluar masuk SCN... sebab adik premature , lepas tu.. keluar berapa hari je , admit semula sebab jaundis atas 240. Aku memang ulang alik lah pi hospital sebab cek kuning. 

Mandi aku memang tak pernah skip air panas.. di awal hari 7 , aku adalah juga mandi herba.. semua tu husband aku yang sedia. Cuma kadang-kadang aku kesian tengok husband aku kepenatan...

Mana lagi nak urus kakak yang tengah selesma tak habis-habis.. bila anak-anak selesma ni... dia punya cerewet tu boleh tahan juga. Nasib baik batuk dah ok.. tu pun lepas aku bagi aiskrim vanila. Aku tak tau la mana petua aku ikut.. tapi tiap kali  kakak batuk.. aiskrim vanilla je la ubat nya..

Nak di jadikan cerita.. berapa hari tu aku tawarkan diri masak... sebab nak sediakan lauk berpantang.. aku cuci piring.. bagi aku kerja tu tak lah berat , sebab husband aku dah prepare semua bahan. Siap jak masak.. ntah macam mana aku boleh tersadung bucu besi buaian kakak. Tak sampai sejam aku demam teruk.. sakit urat siap menangis-nangis. Aku mengadu rasa nak mateyyyy weh! Walaupun husband kadang-kadang buat muka pelik dengan keadaan aku... dia tetap tolong buh minyak panas.. urut satu badan... sejam lebih je badan berpeluh tapi tak adalah sihat terus. Sebab aku kerap sakit kepala... cek hb cun 11.80. Maybe kurang tidur.. sebab every 2 hour , aku breastfeed baby... so aku agak...aku bentan la kot. Mungkin la..aku tak mahir sangat bab bentan..

And second day nya tu..which is hari ini lah... jumaat 13 April 2018 , pukul 1 pagi macam tu..aku di serang semula demam. Tapi demam sebab bengkak susu. Yang ni aku dah bersedia hadap. Sebab lahirkan anak ptemature.. dia punya tune menyusu tak sama dengan normal.. dia susu sikit-sikit je... tong tak besar agaknya. So peratus bengkak susu tu kuat. Aku ada juga pam kalau berkesempatan.. tapi aku terlalu letih. Memang masa tidur aku paling lama 1.30 jam sahaja.. tak apa , aku redha.. asalkan adik boleh susu kerap dan jaundis hilang. Sakit bila susu bengkak.. lepas tuam je baru rasa lega.. bayang kan lepas susukan adik dalam pukul 1 lebih.. aku terus tuam dengan air suam. Dalam 1 jam juga sesi tuaman.. 

Aku bab breastfeed ni tak ada masalah.. anak pertama aku berjaya susu kan sehingga 2 tahun 3 bulan.. berhenti sebab doktor syorkan. Rahim aku tak kuat..kerap sakit. Sebab tu aku sampai lahirkan baby premature. So far.. sepanjang putus susu tu.. kakak bekerjasama dengan baik sekali. Alhamdulillah.. kakak anak yang baik.
Lagi pun aku dah pernah ikut kursus susu ibu ni dulu masa pregnant anak pertama. Syukur ilmu tu sangat berguna sampai sekarang. 
Masa di SCN pun aku tak ada masalah nak keluarkan air susu.. semuanya aku mulakan dengan pam sahaja bagi banyak kan supply... demand ni sentiasa ada , yang wajib kita kena jaga adalah supply...adik 3x sahaja belajar cara hisap , kemudian dah pakar. Hihi. 

Begini la bila jadi ibu... berat , bukan mudah... semoga aku jadi ibu yang kuat dan boleh didik dua puteri ku dengan sempurna. Semoga mereka jadi orang yang taat pada agama kelak.

No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED