Sepatutnya Adik Lahir Hari Ni , Tapi....

Kalau di ikutkan.. due aku sebenar 10 May 2018. Tapi kuasa Allah mentakdirkan aku bersalin lebih awal . Iaitu sebulan awal dari tarikh sebenar dan jatuh pada 28 March 2018. Alhamdulillah , Walaupun baby lahir premature , Allah kurniakan adik cukup sifat dan sihat sejahtera.

Nampak tak.. besarnya kuasa Allah. Kita hanya mampu merancang.. tapi DIA lah yang menentukan segala nya.

Nak di jadikan cerita.. aku pecah air ketuban masa usia kandungan 32 weeks tepat. Huuuu. Masa tu , dah pukul 8 malam kot.. tengah sembang dan main dengan kakak. Aku terbatuk sikit... tak kuat mana pun. Setakat bedehem dua tiga kali je. Tiba-tiba rasa ada air keluar.. suam-suam pulak tu. Hati mula tak sedap.
Mana tak nyaa.. aku dari awal lagi risau kalau bersalin nanti , aku mesti jauh dari kakak.. dari aku lahirkan kakak , tak pernah sekali pun aku tidur malam tanpa dia.. huhuhu. Tau tak feeling dia macam mana. Dengan tak sedia nak bersalin.. dengan risau anak sorang ni akan mencari.

Dengan hati yang tak sedap.. aku pakai kain sarung untuk nak tau sama ada betul air ketuban yang keluar ke atau tak. Serius lah.. aku bediri je.. tiba air keluar banyak lagi. Penuh kain sarung aku tauuuu!!!! Masa tu.. aku cuak gila weh! Takut...sedih.. macam-macam feeling. Aku yakin dah memang.. kalau gi hospital , comfirm admit punya. Gigih aku explain dekat kakak.. jangan cari mommy nanti. Kakak angguk je.. ntah dia faham ke tak..  Dah tu satu apa barang baby pun aku tak ada beli lagi.

Aku dan suami bukan saja lambat-lambat beli barang.. ingat nak beli masa 34 weeks.. tapi tak sangkah takdir memilih aku untuk bersalin awal.. iaitu masa usia kandungan aku 33 weeks 6 days. Dengan berat baby 2.0 kg. Percaya atau tak.. before ke hospital tu ,aku dan suami sempat singgah beli barang baby 4 helai.. pampers , tishu basah dan semua lah kelengkapan baby. Dah lah jantina baby kita tak tahu.. 5x scan , 5 x juga baby tak tunjuk. Ehehe. So kita orang pilih white colour sahaja malam tu.
Sepanjang jalan menuju ke hospital , aku touching yang amat.. aku tak sanggup kot jauh dari anak. Aku terus terang , tak boleh sangat tidur tak ada anak-anak. Macam mimpi ngeri rasa malam tu.

Sampai hospital.. aku direct ke labour room. Diorang cek dah buka 1 cm. Whattttt!!!!!!! Aku menangis semau2nya. Bukan menangis sebab mengenangkan anak lahir awal ke apa.. aku menangis sebab rinduuuu kakak. Aku tak tau lah kalau ada mommy di luar jenis macam aku. Sejenis makhluk yang tak boleh anak jauh. Huhuhu. Masa ni.. kakak dengan husband dah tunggu kat luar , tu pun aku boleh dengar lagi suara anak aku jerit panggil mommy. Ya Allah...

Lepas cek bukaan semua.. misi pindah kan aku ke wad biasa untuk monitor baby. Sebab nak buat ctg semua. Masa ni , tak ada lansung contraction . Sakit pun tak ada.. keluar je dari pintu labour room tu , anak aku jerit sambil datang peluk aku.. ya Allah , start lagi drama pukul 7. Aku menangis tak henti-henti sambil explain dekat dia agar tak cari aku kalau tak ada malam. Aku pandang husband aku pun dah macam sedih sekali.
Mata pun dah merahh. Aduhaii.. tragis sungguh.

Bila dah admit.. bermula lah episod duduk wad seminggu. Betul tepat 7 hari. Malam tu juga aku ambik dexa sekali. Ngeri weh. Aku ada share pasal dexa dalam entry lalu. Nanti korang cari lah ye.
Maka sepanjang 7 hari tu juga aku menangis mengenang anak di rumah. Sedihnya lah haihh... 3 hari pertama.. aku tak ada rasa sakit lansung duduk dalam tu , aku siap request nak balik rumah. Tapi doktor tak bagi.. sebab air ketuban banyak dah keluar plus aku dah on antibiotik kan. Takut baby kena jangkitan sebab air ketuban dah banyak keluar.. hari ke 4 tu , aku keluar darah pulak..

Dannnnn... bermula lah contraction ku setiap hari....... hari ke 4 , ke 5 , ke 6 dan ke 7. Aku dah tak boleh tahan dah. Bayangkan aku menahan contraction selama 4 hari. Sampai kan bila waktu melawat , aku dah tak boleh dah sembang-sembang dengan husband..anak dek kerana menahan contraction tu. Tapi sayang... bukaan hanya 2 cm. Sepanjang aku duduk dalam tu.. doktor tak bagi cek bukaan kerap sebab takut baby kena jangkitan. Dan doktor nak , proses bersalin ni berlaku secara natural since kandungan baru 33 weeks. But then.. if 34 weeks aku tak ada bukaan , baru lah doktor masuk ubat.

Hari ke 5 tu... ada bukaan lagi 2 cm. Masa ni , aku memang dah tak boleh tidur malam. Telelap 5 minit. Sakit lagi. ALLAHU... Tuhan saja lah tahu sakitnya macam mana. Aku siap buat muka kesian dah kat misi.. sebab tak tahan sangat.

Masuk hari ke 6.. pagi tu , aku rasa macam ketulan-ketulan darah dah keluar. Aku siap tunjuk kat misi lagi pad aku pagi tu. Then doktor cepat-cepat buat scan... tau scan tu buat macam mana ? Bukan scan kat perut tau.. diorang scan dari laluan bawah... dia punya ngeri tu... fuhh! Ngeri bukan apa... sebab dah tak tahan dengan contraction. Di usung ke sana ke mari lagi. Doktor cuma nak pastikan takut uri baby ke apa.. Tapi alhamdulillah.. semuanya normal.

Dalam pukul 3 macam tu. Contraction dah jadi setiap seminit..  nak tak nak sister cek bukaan juga. And finally.. bukaan dah 5 cm. Tu pun doktor tak nak hantar aku ke labour room lagi. Aku siap cakap lagi.. aku dah tak tahan dah ni , nak teberak dah. Hahah. Nak tak nak doktor call bahagian pakar kanak-kanak and maklumkan yang aku dah kena hantar ke labour room.

Bermula episod di labour room. Aku ingat malam tu aku dah nak bersalin dah. Tapi rupanya takkkk... dalam pukul 6 petang macam tu , misi cek bukaan. Dah 7 cm. Hanyaa 1 cm sahaja tambahan. Aku memang dah tak berhenti berdoa dah. Siap whatsapp adik beradik..suami semua minta ampun. Kot la pernah buat salah. Mulut aku boleh tahan diva AA juga ni. Hahahahaha.

Malam tu memang bermandikan air mata lagi. Boleh kata sepanjang aku dalam tu... memang mandi air mata je lah. Huhu. Sepanjang malam aku tak tidur masa tu. Husband siap pujuk lagi suruh sabar. Dalam sakit macam tu pun , aku balik-balik tanya keadaan kakak.

Sudahnyaa.. sepanjang malam bukaan tetap 7 cm.

Hari ke 7 tu.. dalam pukul 4 pagi macam tu , misi datang cucuk antibiotik. Dalam sejam macam tu contraction hilang. Gila weh! Dalam hati aku.. semua orang yang masuk labour room.. dah bersalin , siap dengar lagi diorang meneran. Tak kan aku kena tidur dalam labour room lagi.. aduuuhh. Pagi tu dalam pukul 8. Aku minta kebenaran nak bersihkan diri.. mula-mula tu misi tak bagi.. takut aku terberanak. Tapi aku bagitau yang aku tak rasa sakit lansung. Siap mandi semua.. breakfast. Baru lah aku boleh terlelap. Tapi tu pun setiap sejam aku kejut sendiri.. sebab rasa sakit. Tapi sakit yang boleh tahan lagi lah.

Berganti-ganti misi tanya ada sakit ke tak.. aku cuma bagitau dalam sejam-sejam je. Tatkala ibu lain menjerit menahan contraction.. aku boleh tidur nyenyak hari tu.. sampai pukul 5.30 petang aku tidur..

Sudanya masa doktor datang melawat..  dia suggest aku cucuk dexa lagi sekali. Tapi aku tolak. Sebab aku tak tahan.. bukan tak sayang anak , tapi aku yakin.. baby will be okay , sebab bukaan pun dah 7 cm. Selepas doktor keluar ,misi pulak datang bawak air dalam botol.. katanya untuk mempercepatkan proses bersalin..

Dalam pukul 6 macam tu ubat masuk.. 6.05 minit aku dah rasa sakit dah.. contraction datang menyerang.. aku bagitau misi yang aku dah sakit sangat ni.  Aku kira contraction pun dah setiap seminit. Contraction kali ni lebih sakit dari sebelumnya.. 6.15 macam tu , aku rasa macam kepala baby dah nak turun. Aku jerit kat misi bagitau yang aku dah nak beranak ni. Memang riuh lah bilik tu. Misi pakat masuk bilik ramai-ramai. Sebab aku dah lama kan dalam tu. Kira record lah patient paling lama dalam labour room. Hahahaha.

Misi cek bukaan... dah 10 cm. 6.22 aku teran semaunya.. dalam 3x cubaan , tepat 6.23 petang tatkala azan maghrib berkumandang seluruh sabah.. aku selamat melahirkan baby girl dengan berat 2.0 kg. Masa usia kandungan 33 minggu 6 hari. Alhamdulillah baby sihat.

Maka lahir lah puteri kami yang kedua dan di nama kan ATHISYAH SHAZWEEN.





Gambar ni.. usia adik genap 44 hari. Dan hari yang sepatutnya due aku bersalin. 10 May 2018. Hihi

Kuasa Allah. Tu lah kan..masa pregnant hari tu , mulut aku tak habis-habis cakap sedih nanti pantang tak dapat makan makanan bazar ramadhan. Hahaha. Sudahnya Allah takdirkan aku habis pantang before ramadhan. Heheh.

Oh yaa.. baby lahir hari tu masuk dalam kaca tak sampai 24 jam , sebab baby boleh bernafas seperti biasa. Dan baby duduk dalam SCN 5 hari. Lama sebab baby ambik darah dan kena tunggu selepas 48 jam. Bab SCN ni.. nanti next entry je la aku cerita eh...

Sorry kalau entry panjang sangat . Kalau ikutkan aku nak buat novel. Tapi apakan daya.. hahahaha


No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED