Dengar khabarnya ramai cari produk eskinol ni. Hehe.. terutama mereka yang ada duduk dalam group sembang produk tu. Kikiki
Aku tau lah.. sebab aku pun join group tu , tapi aku silent reader je.. sebab mostly suka tanya benda sama even soalan tu dah ada dalam file. Hikhik
Ada sesetengah orang cakap , eskinol ni tak ada jual di semenanjung malaysia. Hanya sabah sarawak sahaja.. aku pun baru tau sejak menjadi ahli sembang produk kat facebook nuh!
Dulu-dulu aku tak pernah pakai benda ni.. selalu je tengok kat farmasi.. even kat mini market pun ada je jual. Bersepah jual kat tempat aku ni hah... Sejak ada dua tiga orang review bagus , plus benda tu viral.. jadinya aku pun terhegeh-hegeh mencarinya. Hahaha. Kalau tak viral.. mana nak tahu kebaikan nya..
So far aku dah guna almost 2 months.. and dia punya result memang super duper.. Actually 3 hari pun dah nampak kesan elok. Skin tak berminyak dah.
Aku beli dua jenis.. satu untuk oil control dan satu lagi untuk whitening.
Aku beli yang whitening tu sebab nak hilangkan kesan jerawat kat muka. Kalau tak hilang lg dekat raya.. tak tau lah mak. Rasa nak kikis guna parut kelapa je.. hmmm
Tapi setakat ni.. adalah nampak perubahan sikit. Untuk night care , aku guna yang whitening..
Kalau day care , aku guna yang oil control. Sebab kalau siang hari kan banyak buat benda.. so aku tak fokus sangat pada whitening. Plus.. aku rasa sunblock yang aku guna tak masuk dengan yang whitening tu.. skin aku jadi lebih oil. Tu pasal aku guna malam je.
Oh ya.. sebelum korang tanya , aku guna sunblock biore yang botol kuning kalau duduk rumah. Kalau jalan , aku guna sunscreen yadah yang oil free.. jangan heran.. aku suka mix-mix. Sebab aku pun lot of mix macam king coco. Hahah
Aku ingat nak test semua eskinol yang ada.. hahaha. Sebab dia punya texture sangat cepat serap. Tapi dia punya bau.. macam ada menthol sikit.. sejuk-sejuk gitu.
Jerawat aku tak lah teruk mana.. dia timbul pun seketul dua je. Tapi yang tak elok , dia suka tinggal kesan.. dia punya kesan tu sampai ke hati dan ke kepala. Rasa nak naik angin je. Hahaha.
Tapi ni review jujur aku mengenai eskinol. Memang best.. skin rasa bersih , tapi eskinol ni agak keras sikit.. rasanya skin jenis berminyak okay lah kot.. kalau dry skin ,tak berapa nak sesuai sangat.. hehe. Tapi kalau tak puas hati juga better try dulu.
Harga?? Murah je.. yang kecil dalam 3 ringgit lebih. Yang besar dalam RM8. Berbaloi sangat...
Rugi tak guna.. sebab blackhead..whitehead.. sepupu sepapat bakteria semua clear kat skin bila guna dengan disiplin. Hehe
Nanti cuba lah ye.. jangan lupa komen sini bila dah test guna...
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com