Anak Belajar Memanah

Assalamualaikum.. sendu tak sendu , baru nak update blog setelah beberapa bulan. Haha.
Busy jaga anak , busy pindah rumah , busy buat studio house ( bunyik macam buat rumah mahal kan , tapi kampung je sbenarnya. Kahkah ) Banyak la busy nya. 

Last year , kak shaz dengan husband hantar kakak wawa ke sekolah Qdees. Saja lah nak tengok reaction dia, perubahan dia bila masuk sekolah. So far semuanya okay. Alhamdulillah. Tapi this year... i decide tak nak hantar dia ke sekolah dah. Bukan sebab Qdees tak okay. Okay je. Tapi nak ubah lifestyle anak anak membesar.

So this year , i penuhkan jadual anak anak dengan aktiviti memanah , mengaji  , belajar taekwando. Kak shaz nak dia belajar semua benda. Ikutlah mana satu dia minat. 

Untuk yang pertama kali nya.. kak shaz bagi dia ajar memanah dulu.. dah 2 minggu dia belajar. 



Setakat ni.. respon anak belajar memanah memang ok lah. Cuma biasalah.. anak kecil lagi. Sekejap nak ambik patung.. sekejap nak kencing. Hahaha. I tak paksa sangat pun. Cuma dedahkan sahaja aktivit mana yang elok. Lagi pun belajar memanah ni kan sunnah. Akhir zaman nanti , ini je lah senjata yang kita boleh guna kan. Siapa pun boleh memanah. Cuma nak kena tepat pada sasaran nya tu sahaja tak semua boleh buat. Gitewww

Kalau boleh kak shaz nak , semua anak anak kak shaz belajar ilmu pertahankan diri. Bukan belajar ilmu syirik ye. Tak... kak shaz nak diorang belajar silat ke , memanah , taekwando. Esok bila i dengan husband dah tak ada. InshaAllah diorang boleh tegak kan keadilan dengan pertahankan diri sendiri. 
 Tapi kalau boleh , biarlah d panjangkan usia oleh Allah swt.. di berikan peluang mendidik anak anak sehingga ada anak cucu kelak. Aamin aamin.

 Dah kita kembali pada Allah pun dalam keadaan suci dan bersih dari segala dosa2. Begitu lah hendaknya.. 

So bagi siapa yang ada anak anak kecil dalam 3 tahun macam anak kak shaz. Elok lah dedahkan diorang dengan aktiviti macam ni. Jangan fokus kat sekolah je. Sebab once diorang dah sekolah.. memang sekolah je la jawapnya.. tak menyempat dah buat aktiviti lain.

No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED