SkinCara Masa Pantang

Dari hari pertama aku melahirkan.. tak pernah sekali pun aku guna sebarang skincare. Mungkin juga sebab aku terlalu busy dan susah hati memikir kan keadaan anak. Sampai tak berkesempatan lansung nak jaga muka sendiri. Masa pregnant hari tu , aku memang ada bagitau nak tukar skincare... cuma tak sure nak beli brand apa dan apa yang sesuai dengan skin aku sekarang. Masa pantang ni.. skin aku jadi kering pulak.. dulu masa pregnant memang oily gila! Biasalah.. hormon kan.. hehe

So semalam aku mengadu dengan husband.. banyak jerawat halus tumbuh kat dagu... plus pores pun makin teruk. Dan hari ni husband bawa terus ke guardian.. wahhh tengah-tengah pantang weh ke guardian. Hahah. Tak apalah.. janji terbeli yang kita nak. Hehehe. Sekejap je pun.

Lama juga lah aku ke guardian.. tapi tak beli selengkap-lengkap nya.. aku tak ada ambil moisturizer. Aku jarang sangat guna moisturizer ni.. skin aku cepat berminyak. Tak kisah lah apa jenis moisturiser. Setakat ni.. nivea night cream tu je sesuai dengan aku.. stok kat rumah pun masih ada.. tu sebab aku tak beli juga.


Antara barang yang aku sempat beli... 

1. Hada Labo Face Wash
2. Clay Mask Freeman
3. Garnier Micellar Water
4. Nano White Toner
5. Nano White Serum - Dark Spot Corrective Serum

Ada beberapa barang lagi yang aku beli.. tapi haircare.. bukan skincare. Hehe. 

Aku saja beli lain-lain brand.. sebab before ni , aku guna nutox fullset.. dulu-dulu aku pernah guna bio essense. Mostly aku ambik fullset. 

Kali ni aku cuba lain-lain pulak. Harap-harap berbaloi! 


Untuk nano white ni , before ni aku memang guna serum dari nano white juga.. tapi jenis intensive brightening.. aku ada share di sini..


Tapi kali ni aku ambik untuk dark spot pulak. So far..aku bagi 10 bintang untuk nano white punya serum.. sangat recommended to others. Speacial kali ni.. aku try toner dia sekali. Kalau okay dengan aku , nanti aku beli pulak cream sekali. Haaa macam tu.. 


Yang ni pulak... clay mask freeman. Aku tak pernah guna lagi apa-apa produk dari freeman. Cuma baca review orang je. Harap-harap sesuai dengan aku.


Hada Labo face wash ni pulak.. aku dah tak tau nak guna face wash apa. Hahaha. Last-last aku grab ni je. Ntah lah okay ke tak.. 

Harap-harap lah parasit dari muka ni boleh hilang. Hahaha. Jenuh sungguh bekas jerawat masa pregnant hari tu. 

Nanti aku review eh kalau berkesan ke tak... hihi.

Dari Kisah Rumah Tangga




Aku bukan lah pengikut page KRT ni.. tapi aku terbaca sebab ramai yg share.

Nak tergelak juga baca.. kadang , ada betul nya juga apa yang di katakan si pembawang.. haha

Nak isteri cantik..dia perlu jadi suami yang berguna dahulu. Isteri yang cantik di sebabkan ada suami yang support dia untuk lebih berkeyakinan.. 

Tu la fungsi suami... bukan setaka batin je , ada pelbagai sudut kena ambik kira. Nak isteri lawa.. nak isteri cantik. Sila lah bagi dana yang mencukupi.. tak gituuu

Bentan ka??

Sepanjang aku berpantang 15 hari ni.. aku tak pernah lansung ada "me time" macam orang lain.
Ada pun urut rahim kejap je masa hari ke-7... ye rahim je..(eh rahim ke peranakan) bidan cakap tunggu 44 hari baru urut habis.. dan aku pun iya kan sahaja lah.. kalau ikut kan hati , aku nak urut satu badan.. penat bersalin pun tak habis lagi.

Kakak peneman setia mommy

Sambung keluar masuk SCN... sebab adik premature , lepas tu.. keluar berapa hari je , admit semula sebab jaundis atas 240. Aku memang ulang alik lah pi hospital sebab cek kuning. 

Mandi aku memang tak pernah skip air panas.. di awal hari 7 , aku adalah juga mandi herba.. semua tu husband aku yang sedia. Cuma kadang-kadang aku kesian tengok husband aku kepenatan...

Mana lagi nak urus kakak yang tengah selesma tak habis-habis.. bila anak-anak selesma ni... dia punya cerewet tu boleh tahan juga. Nasib baik batuk dah ok.. tu pun lepas aku bagi aiskrim vanila. Aku tak tau la mana petua aku ikut.. tapi tiap kali  kakak batuk.. aiskrim vanilla je la ubat nya..

Nak di jadikan cerita.. berapa hari tu aku tawarkan diri masak... sebab nak sediakan lauk berpantang.. aku cuci piring.. bagi aku kerja tu tak lah berat , sebab husband aku dah prepare semua bahan. Siap jak masak.. ntah macam mana aku boleh tersadung bucu besi buaian kakak. Tak sampai sejam aku demam teruk.. sakit urat siap menangis-nangis. Aku mengadu rasa nak mateyyyy weh! Walaupun husband kadang-kadang buat muka pelik dengan keadaan aku... dia tetap tolong buh minyak panas.. urut satu badan... sejam lebih je badan berpeluh tapi tak adalah sihat terus. Sebab aku kerap sakit kepala... cek hb cun 11.80. Maybe kurang tidur.. sebab every 2 hour , aku breastfeed baby... so aku agak...aku bentan la kot. Mungkin la..aku tak mahir sangat bab bentan..

And second day nya tu..which is hari ini lah... jumaat 13 April 2018 , pukul 1 pagi macam tu..aku di serang semula demam. Tapi demam sebab bengkak susu. Yang ni aku dah bersedia hadap. Sebab lahirkan anak ptemature.. dia punya tune menyusu tak sama dengan normal.. dia susu sikit-sikit je... tong tak besar agaknya. So peratus bengkak susu tu kuat. Aku ada juga pam kalau berkesempatan.. tapi aku terlalu letih. Memang masa tidur aku paling lama 1.30 jam sahaja.. tak apa , aku redha.. asalkan adik boleh susu kerap dan jaundis hilang. Sakit bila susu bengkak.. lepas tuam je baru rasa lega.. bayang kan lepas susukan adik dalam pukul 1 lebih.. aku terus tuam dengan air suam. Dalam 1 jam juga sesi tuaman.. 

Aku bab breastfeed ni tak ada masalah.. anak pertama aku berjaya susu kan sehingga 2 tahun 3 bulan.. berhenti sebab doktor syorkan. Rahim aku tak kuat..kerap sakit. Sebab tu aku sampai lahirkan baby premature. So far.. sepanjang putus susu tu.. kakak bekerjasama dengan baik sekali. Alhamdulillah.. kakak anak yang baik.
Lagi pun aku dah pernah ikut kursus susu ibu ni dulu masa pregnant anak pertama. Syukur ilmu tu sangat berguna sampai sekarang. 
Masa di SCN pun aku tak ada masalah nak keluarkan air susu.. semuanya aku mulakan dengan pam sahaja bagi banyak kan supply... demand ni sentiasa ada , yang wajib kita kena jaga adalah supply...adik 3x sahaja belajar cara hisap , kemudian dah pakar. Hihi. 

Begini la bila jadi ibu... berat , bukan mudah... semoga aku jadi ibu yang kuat dan boleh didik dua puteri ku dengan sempurna. Semoga mereka jadi orang yang taat pada agama kelak.

Jaundis Adik Tak Habis Lagi

Hari ni.. genap lah usia adik 15 hari. Hari tu admit wad 1 malam sebab kuning baby 241.. 1 malam duk bawah lampu biru , kemudian turun 218.. alhamdulillah.


Esoknya cek lagi.. turun 203. Rest sehari je kemudian hari ni cek kuning semula.. cuma turun 1 sahaja.. bacaan jadi 202. Serius aku tak tipu. Aku pun pelik. Aku tak ada lansung makan jamu-jamuan. Sup yang berasaskan halia.. serai semua tak sentuh. Makan pun dah cukup jaga dah. Buntuh dah otak.

Suppose to be doktor nak cek hati baby hari ni.. tapi memandangkan baby premature tak cukup bulan , so doktor bagi baby rest dahulu sampai selasa next week. Aku harap sangat cek kuning nanti.. baby dah sihat. Bebas jaundis.

Aku pun dah tak larat dah... orang lain seronok je pantang.. yang aku pulak hari-hari hadap hospital. Tak sampai hati tengok anak kena cucuk. Kadang sampai 2x cucuk darah tak keluar.. Allahu. Berat sungguh ujian Allah.

Baby Admit Lagi

Tau tak tahap kesedian aku macam mana???????? Yang kakak sakit tak baik-baik...
Adik pulak , keluar masuk wad sebab jaundis.
Allahuakbar.. tak terkata beratnya.
Sungguh!!! Bab anak-anak ni.. aku jadi lemah sikit.. lagi-lagi bila baby sakit..

Hari ni , adik dah hari ke 10... kuning naik sampai 241.. kalau hari tu dah turun 200. Entah macam mana boleh naik mendadak. Aku redha.. walaupun berat...


Memandangkan adik baby prematured.. so dia perlu kena admit walaupun kuning 241... actually doktor cakap , 300 baru admit... tapi adik kan baby prematured.. so dia perlu kena pantau lebih awal. Kesian adik. Dah lah hari-hari kena cucuk. Hampir putus asa dah rasanya...

Dengan kakak sakit tak baik-baik... Allahu.. Tak tau nak kabar macam mana lagi. Berat yang amat...

Macam-macam dah aku mandikan anak... tetap macam tu juga. Kalau bagi baby setitik dua titik tu aku memang tak berani... sebab adik tak cukup bulan. Aku tak nak ambik risiko lain.. cukup lah apa yang ada sekarang.

Yang penting.. baby kerap breasfeed.. aku memang jaga setiap jam.. aku memang pastikan baby susu kuat.

Hari ni juga aku baru berkesempatan ambik alfafa dengan ESP.. harap-harap kuning baby turun mendadak esok. Dah tak sanggup!!!


© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED