Smart casual Attire For Ladies


Haii..


Ada tak sini still keliru dengan penampilan masing-masing bila ke majlis-majlis tertentu atau masa nak ke pejabat?? Mesti ramai yang pening kan.. Sebab ramai tak dapat bezakan antara being casual dan smart casual. Actually dua benda tu sangat berbeza okkeh. Kalau pakaian kasual tu , dia more tu yang simple like jeans , baju-T , seluar pendek and leggings. Kalau smart casual pulak , dia gabungan antara pakaian formal seperti blazer , seluar slacks dan kemeja. Macam aku… kalau jumpa klien pun aku suka berpakaian smart casual je. Simple dan mudah.
Jangan dok pening kata tak reti menggayakan smart casual . Ni antara panduan yang korang boleh refer.. Still Nampak bergayakan?? Retis pon ramai je menggayakan smart casual..memang menarik sangat.



Tak salah pon kalau korang lebih selesa bergaya dengan memakai t-shirt dan jeans. Tapi, korang boleh lah menambah pemakaian blazer sebagai outerwear untuk memiliki penampilan gaya smart casual yang terbaik seperti gambar ni haa…



Agak-agak lepas kerja korang nak lepak dengan member , gaya ni  pon sesuai jugak kan.. Still tampil menawan dengan jeans kegemaran. Simple but still Nampak smart casual.



Kalau nak gaya smart casual yang cukup sempurna dan meletop kebaboom, gayakan kombinasi jeans dan kemeja tadi dengan penambahan blazer sebagai outerwear korang. Ini antara favourate smart casual aku. Nampak casual tapi smart. Gituuu..  



Kita lupakan pasai jeans naa, Kalau nak lebih power puff girl.. boleh je menggayakan jenis seluar yang lain seperti harem pants , cullotes atau chino pants plus korang boleh gabungkan bersama kemeja.. memang cun arhh !



Lastly , ubah pulak selera dengan menggayakan kemeja dengan koleksi skirts untuk penampilan yang lebih feminine. Bosan jugak kalau asyik benda yang sama… tukaq-tukaq lah.. Sedap jugak orang pandang.. Ye dok?? Seminggu kot.. banyak cara korang boleh gaya kan.. hari ni guna skirt , esok jeans , tulat  harem pants.. tak ke menarik tuu.   


By the way , semoga idea ni boleh bantu korang untuk tampil lebih menawan lepas ni.. Kikiki. Tak susah mana kan..as long as kita selesa dengan penampilan diri sendiri.. Ok lah kan , yang penting penampilan kita tu sesuai dengan aktiviti seharian kita.



No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED