Tabung Harapan Malaysia

Mesti ramai dah tahu pasal tabung harapan malaysia kan.
Jom la sama-sama kita derma untuk negara kita.. semoga negara kita boleh pulih seperti dulu.


Usahlah berkira sangat... tak mampu RM10.. seringgit pun cukup lah.. 

Semoga negara kita sentiasa aman damai.. 
Dan bebas daripada segala hutang.

Bengkung Pilihan Masa Pantang

Dah habis pantang baru nak cerita pasal bengkung. Hahaha
Yelah.. mana tak nya , time pantang baru-baru ni sampai 3 jenis bengkung aku ada.
Yang first sekali tu husband aku yang beli.. sebab aku lama duk hospital , masa tisyah kena admit kat SCN tuh. Tapi aku tak kenan sangat..sebab bengkung tu jenis lilit sana sini.. rimas pulak aku jadinya.


Bengkung ni aku memang tak pernah guna.. kalau korang nak beli , bagitau aku eh.. bau dia pun lain macam.. ada bau ubat. So aku tak kenan sangat.

Yang second tu.. my mom aku belikan. Tak sempat nak snap.. tapi yang jenis bengkung sekali pakej seluar naik kan bontot. 

Maaf owner gambar..pinjam pic. Tak ingat link 
Nak credit.

Yang my mom beli tu jenis sajat punya bengkung.. tapi aku rasa tak praktikal nak guna.. sebab masa pantang aku kerap minum air.. leceh pulak nak buka pasang balik. Haha.

Lastly.. aku beli sendiri di kedai jamu biasa..
Simple sahaja.. asalkan boleh buat bengkung.. 



Yang ni brand Vasia je.. tak mahal sangat , guna pun selesa.. dari anak pertama aku memang guna ni.. tapi dah tak ingat yang lama buh mana.. haha


So antara ketiga-tiga tu.. aku lagi suka pattern Vasia. Tak perlu lilit sana sini.. nak buang air pun mudah.

Dan yang paling best.. perut aku dah kempis weh!! Semua jeans saiz 27 28.. aku dah boleh guna semula. Yahuuuu

Yang penting.. jaga makan , jaga minum.. Insyaa Allah berat cun.. hehe. Tak perlu diet , tapi ambil makanan yang berkhasiat pun ok.. kurangkan ninuman manis , makanan berlemak. Mesti berat cun!

Keyword Minggu Ini

Keyword minggu ini... dan bulan ini , macam biasa.. serum nano white masih mendapat tempat.

Dan di tambah dengam nutox makeup remover..
Semoga lebih banyak keyword yang wujud di enjin pencarian selepas ni.


Review Eskinol Sebagai Deep Cleanser


Dengar khabarnya ramai cari produk eskinol ni. Hehe.. terutama mereka yang ada duduk dalam group sembang produk tu. Kikiki
Aku tau lah.. sebab aku pun join group tu , tapi aku silent reader je.. sebab mostly suka tanya benda sama even soalan tu dah ada dalam file. Hikhik


Ada sesetengah orang cakap , eskinol ni tak ada jual di semenanjung malaysia. Hanya sabah sarawak sahaja.. aku pun baru tau sejak menjadi ahli sembang produk kat facebook nuh! 

Dulu-dulu aku tak pernah pakai benda ni.. selalu je tengok kat farmasi.. even kat mini market pun ada je jual. Bersepah jual kat tempat aku ni hah...  Sejak ada dua tiga orang review bagus , plus benda tu viral.. jadinya aku pun terhegeh-hegeh mencarinya. Hahaha. Kalau tak viral.. mana nak tahu kebaikan nya..

So far aku dah guna almost 2 months.. and dia punya result memang super duper..  Actually 3 hari pun dah nampak kesan elok. Skin tak berminyak dah.

Aku beli dua jenis.. satu untuk oil control dan satu lagi untuk whitening.
Aku beli yang whitening tu sebab nak hilangkan kesan jerawat kat muka. Kalau tak hilang lg dekat raya.. tak tau lah mak. Rasa nak kikis guna parut kelapa je.. hmmm

Tapi setakat ni.. adalah nampak perubahan sikit. Untuk night care , aku guna yang whitening..
Kalau day care , aku guna yang oil control. Sebab kalau siang hari kan banyak buat benda.. so aku tak fokus sangat pada whitening. Plus.. aku rasa sunblock yang aku guna tak masuk dengan yang whitening tu.. skin aku jadi lebih oil. Tu pasal aku guna malam je.
Oh ya.. sebelum korang tanya , aku guna sunblock biore yang botol kuning kalau duduk rumah. Kalau jalan , aku guna sunscreen yadah yang oil free.. jangan heran.. aku suka mix-mix. Sebab aku pun lot of mix macam king coco. Hahah

Aku ingat nak test semua eskinol yang ada.. hahaha. Sebab dia punya texture sangat cepat serap. Tapi dia punya bau.. macam ada menthol sikit.. sejuk-sejuk gitu.

Jerawat aku tak lah teruk mana.. dia timbul pun seketul dua je. Tapi yang tak elok , dia suka tinggal kesan.. dia punya kesan tu sampai ke hati dan ke kepala. Rasa nak naik angin je. Hahaha.

Tapi ni review jujur aku mengenai eskinol. Memang best.. skin rasa bersih , tapi eskinol ni agak keras sikit.. rasanya skin jenis berminyak okay lah kot.. kalau dry skin ,tak berapa nak sesuai sangat.. hehe. Tapi kalau tak puas hati juga better try dulu. 

Harga?? Murah je.. yang kecil dalam 3 ringgit lebih. Yang besar dalam RM8. Berbaloi sangat...
Rugi tak guna..  sebab blackhead..whitehead.. sepupu sepapat bakteria semua clear kat skin bila guna dengan disiplin. Hehe

Nanti cuba lah ye.. jangan lupa komen sini bila dah test guna... 





Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan



Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018
© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED