Full of blessing.. ❤❤
Pengalaman di NICU 5 Hari
5 hari duduk dalam unit rapi khas bukan benda yang mudah. Lagi-lagi bila dalam keadaan berpantang.. Dari 1st day bersalin lagi.. aku dah ulang alik masuk NICU .
Aku kat NICU sebab melahirkan anak masa usia kandungan 33 weeks 6 days! And the baby of course lah prematured kan since dia dah keluar before 37 weeks!
Tapi anak aku lahir 2.0 kg. Before melahirkan pun.. aku sempat ambik dexa 2 kali untuk matangkan paru-paru baby. So masa baby lahir.. baby tak di berikan sebarang bantuan alat oksigen. Masuk kaca sekejap sahaja dalam 2 hours sebab nak makesure dia boleh adapt dengan new environment. Yelah duduk dalam perut kat rasa suam-suam. Hehe
Masa duk dalam NICU , aku ingat anak aku paling low weight. Sedih memang sedih.. down sangat. Down bukan sebab lahirkan baby prematured. Tapi sedih takut baby ada apa-apa. Takut ada jangkitan ke apa.. sebab aku pecah air ketuban terlalu awal.. baby pulak keluar after 5 days.
Suppose to be... day 6 tu , doktor suggest dexa one more time. Tapi aku tak nak dah.. doktor bagitau dexa tu boleh tahan dalam 1 week sahaja.. incase baby tak lahir lagi dalam 1 week gitu.. kita kena ambik dexa semula sebanyak 2x.
Aku bab cucuk dexa ni.. surrender sangat. Aku rasa sakit nya lebih kurang macam nak meneran bagi keluar kepala baby je. Seriau rasa!
Dah lah aku menahan contraction tiap hari. Huaa tak sanggup rasa kalau ingat balik. Aku pun tak tau macam mana aku boleh lalui benda sukar tu.
Back to nicu punya topic! 5 hari aku dalam tu banyak benda aku belajar. Satu sabar.. dua kuat , berdikari. Kau bayangkan lah.. dalam keadaan berpantang.. sakit jahitan , badan lemah.. tak cukup tidur. Tapi kau terpaksa ulang alik keluar masuk nicu untuk breastfeed baby. Anak aku pulak jenis menyusu kerap tapi kuantiti yang sangat sikit. Mungkin juga food container dia tak cukup besar. Hahaha.
So setiap 1 hour aku memang akan breasfeed baby.. sampai kadang aku terpaksa bertahan duduk di kerusi berjam-jam lamanya semata-mata nak duduk sebelah baby . Sedih sungguh! Majoriti... semua mommy yang ada dalam tu muka dalam keadaan sedih.. dan di penuhi rasa berharap agar anak cepat sembuh. Ada yang anak 1.3 kg sahaja.. ada anak kembar. Kuning tinggi. Ada anak bergantung pada oksigen setiap masa sahaja. Macam-macam benda yang ada dalam tu. Tapi tujuan mommy semua sama sahaja. Berharap anak cepat sembuh dan boleh balik rumah.
Duduk dalam NICU satu perkara yang bukan mudah ye. Sedih nya duduk dalam tu sukar nak di ungkapkan. Rindu anak di rumah.. risau anak dalam tu. Risau keadaan diri sendiri. Macam mana kalau aku sakit. Siapa nak jaga anak aku... dengan luka berpantang yan tak sembuh. Seribu kali pun kita luah pada orang.. orang tak kan faham betapa sakitnya rasa tu...
Hari ke-4 aku dalam tu.. baby di masuk kan dalam kaca semula sebab berat baby drop dari 2.0 kg le 1.97 kg. But its normal for baby prem kata doktor. Cuma kena jaga sangat.. plus masa tu baby kuning sampai 165.. dan dia perlu duduk bawah lampu tu.
Hampir 24 jam juga baby duduk dalam tu.
Cabaran sungguh bila nak breastfeed baby. Nak buka incubatur dengan kerap pun tak boleh. Nurse pesan kalau baby betul-betul menangis sahaja baru keluarkan.
Mak mana tak sedih... aku duduk dalam tu memang bertemankan air mata je. Nak bersembang dengan mommy lain pun aku tak de mood. Aku tengok.. ada juga kadang-kadang mommy dalam tu duduk berkumpulan di depan tv. Sembang kosong.. mungkin juga hilangkan tension masing-masing.
Tapi selama aku duk dalam tu.. aku jarang sekali bercerita dengan mommy lain.. habis breastfeed baby.. aku memang ambik masa even 30 minit sekali pun untuk rest. Sebab takut luka jahitan lambat sembuh. Kang tak pasal-pasal.. baby belum sembuh. Mak admit semula. Nauzubillah. Jangan lah.
![]() |
| Sumber : google |
Last masa day 5 tu... doktor tanya if aku yakin sangat bole jaga baby kalau dah keluar dari nicu. Aku jawap YES dengan penuh yakin weh! Sebab memang tu yang aku nantikan... akhirnya , baby dah boleh balik rumah jumpa kakak nya.. syukur sangat... apa yang aku harap , semoga mommy dalam tu semuanya kuat.. baby kuat dan cepat sembuh.
Aamin..
Boleh ke Beli Barang Baby Awal?
Boleh ke beli barang baby awal-awal?? Maaf andai topik aku kali ni terlalu sensetif. Saja je tanya. Since aku dah terberanak awal.. saja lah share kan pasal ni. Hihi
Dulu masa anak pertama.. kandungan 7 bulan aku dah standby beli barang baby. Sebab anak pertama kan... excited nya lebih sikit. Yelah.. 2 tahun kot aku khawin baru pregnant. Lama tunggu. Hihi
Boleh kata.. 7 months tu , semua barang dah lengkap. Head to toe!
Tapi yang second ni.. bukan lah kata tak excited , sama excited yang first. Sebab 2 tahun lebih juga lah jarak dengan kakak.. Ni sebab aku merancang k...hehe
Cuma.. dari awal pregnancy lagi , orang selalu cakap jangan beli barang baby awal.. kang kandungan ada apa-apa ke.. ?? Hmm.. means kandungan tak selamat ea?? Macam tu la kot maksud makcik bawang. Hihi
So aku macam.. okay.. baik lah makcik pakcik. Sudahnya.. bila kandungan 33 weeks , seketul baju baby pun tak dak lagi. Dan dan.. aku dah nak bersalin. Ya Allah! Giler kelam kabut jadinya.. 8.30 malam aku pecah ketuban. Pukul 9 malam aku dengan husband beli baju baby 2 3 helai dengan kelengkapan yang lain.. Aduhaii
Nampak tak? Beli awal ke..beli lewat ke , sama je. Bukan kata nak belakang kan kata orang tua-tua. Tapi semua nya bergantung pada kita. Doa baik-baik je.. kata fatah amin. Eh! Heheh
Bagi aku.. tak de salah nya kau nak beli awal-awal. Bab jantina , belakang kira.. beli je lah colour pastel.. white colour ke. Simple kata.. beli yang jenis unisex colour.
Kenapa perlu beli awal..? Kang jadi macam aku terberanak awal.. jangan fikir negative please. Beranak awal , tak semestinya baby tak selamat. Even baby 900g pun.. still membesar dengan elok. Kuasa Allah.. siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. Sebagai ibu mengandung.. minta la doa baik-baik.. di panjangkan umur anak dalam kandungan.. semoga semua selamat. Dah kenapa anggap " beli barang baby awal-awal penyebab kandungan kita tak selamat "
Hmmmm... mohon yang berfikiran begini , ubah mindset anda.. berdoa lah. Minta yang elok-elok..pasti benda yang baik-baik akan datang.
To mothers yang ada di luar sana.. kalau nak beli baju baby awal-awal. Beli je la.. dah beli nanti ,simpan kat almari terus. Jangan beriya dok tunjuk pulak. Tak pasal-pasal kena kecaman dan makian free. Haha. Beli..simpan dan senyap je. Gituuu. Telinga tak sakit.. hati pun tenang.
Earning Pertama Dari Google AdSense
Entry jakun di awal april. Hahaha.
Hari tu aku ada update pasal Adsense dah aprove aku punya application kat sini
Alhamdulillah. Lepas approve.. aku slow-slow study pasal AdS ni.. tapi tak adalah aku dapat puloh-puloh usd sehari.. nak dapat 0.01 pun amat susah weh! Ni nasib je.. hahahaha..
Lagi pulak.. aku lama admit kat sepital kan. So lama tak update blog. Ada pun sekali dua je. Ni dah keluar. Sat lagi entry aku berlambak arh! Hehehe.
So here we go!!
Korang tak yah lah gelak sungguh! Kan aku dah bagitau awal-awal ni entry jakun. Hmmm... tengok lah earning pertama aku dari google AdSense. Aku share untuk tatapan masa akan datang. Kot lah akan datang sehari boleh 100usd.. kahkah.
Excited kot dapat earning... bukan nya buat kerja berat mana pun. Duduk diam je goyang kaki update blog. Dah dapat income. Ni baru betul..goyang kaki dapat duit. Hahaha.
Tak yah susah-susah nak fikir cari 5 kepala dapat 10%... dapat roi bulanan bagai. Last-last lebur puluhan ribu. Ye dok?? Hehe
Selain dari google AdS ni.. aku ada buat side income juga kat playstore.. tapi nanti aku cerita lah macam mana buat duit dari google play store pulak. Hihi
Setakat ni.. aku dapat 37usd je. Tak banyak pun. Slow-slow. Heww
FACEBOOK FAN PAGE UNTUK DI JUAL
Anyone yang tengah cari Facebook Fan Page untuk Bisnes??
Likers dah ada dalam 3k lebih.
Jual sebab page ni terabai dan tak terjaga..
Mostly likers adalah malaysia.
Mostly likers adalah malaysia.
Nak tengok page ni.. boleh search di facebook
Jodoh di Tangan Tuhan
Atau kalau nak contact owner secara terus.
Boleh email ke aisyah.ambris@yahoo.com






