Tumbuh Bintik Merah Di Badan Baby?

Since anak aku dah reti buka laci , kopek sana sini.. try test berdiri di tepi-tepi meja.. aku lansung tak ada masa nak hadap blog , Huh!! Jangan kan blog.. kadang tu nak masak pon tak dapat. Haihh.. takpe lah anak , esok dah pandai jalan.. senang sikit mummy nak buat kerja.

Tumbuh Bintik Merah Di Badan Baby?Cepat je masa berlalu kan , rasa baru je teran sepenuh hati bagi wawa keluar dari perut ni haa.. lah ni , gigi dah tumbuh sebatang. Hihi. Geghamm pulak tengok gigi dia tu. haha.

Orang tua-tua cakap kalau baby nak tumbuh gigi dia akan demam dulu , tapi anak aku ni.. gigi dah keluar baru nak demam. Hihi

Bukan setakat demam je.. siap bintik merah tumbuh kat badan, Cuak jugak lah.. laju je jari google itu ini. Risau kot.. sebab before bintik merah tumbuh kat badan.. dia demam dulu , 3 hari weh dia demam... tu pun on off.. sekejap ok , sekejap tak. Nasib baik dia jenis kalau sakit tak cerewet. Aku bersyukur jugak lah. Dia memang tak pernah nak merengek kalau sakit. Even selesema , batuk semua.. dia still boleh layan toys and etc.. yang penting aku kena stay with her.

Masa wawa di tumbuhi bintik merah tu , aku ada jugak lah tanya my MIL , kakak aku... my mom , mak sedara suami. Kalau boleh semua orang aku tanya. Haha. Dah macam-macam jawapan aku dapat. Ada kata ruam peluh.. ada kata campak , ada yang cakap cacar halus. Poning kepala den. Haha. Last-last aku dengan husband bawa je dia jumpa doktor kitaorang .

Tumbuh Bintik Merah Di Badan Baby?
Ni kat belakang badan wawa... ada banyak gambar lagi sebenarnya tapi aku malas nak transfer ke laptop. Haha , Sampai je tempat doktor. Doktor dah senyum-senyum.. siap cakap " tumbuh bintik merah ye" Dah macam bomoh kan. awal-awal lagi dia boleh tau.. terkejut mak...

Hehe.. alaaa actually , sebab muka wawa dah penuh dengan bintik merah.. siapa pon mesti tau punya. kikikiki. Takde maknanya pon.

So masa tu macam-macam yang aku tanya kat doktor tu , macam mana boleh tumbuh benda tu.. penyebab utama.. dah kita bayar mahal-mahal.. harus lah tanya kan...

Actually , its normal bila our baby demam 2 3 days.. and after that keluar bintik merah macam ni... sebab tu hanya lah panas dalam sahaja. Not serious matter lah kan... but then kalau bintik merah tu tumbuh yang amat-amat teruk sampai menyebabkan kegatalan dan rasa tak selesa pada baby.. better refer hospital lah. Jangan pulak kau kata normal jugak sebab baca blog aku ni. Tak pasal-pasal aku dapat dosa sebab bagi info salah. heee

So far... doktor tu kata tak ada apa-apa. Yang penting jangan bagi anak kena panas dan jangan bagi dia berpeluh... tak silap aku doktor tu bagitau bintik merah tu di namakan "kerumut" this is my 1st time dengar "kerumut" comel je nama... tapi jadi buruk pulak bila tumbuh kat badan anak aku. Hewhew

Ada jugak lah doktor bagi ubat sapu... aku sapu sekali dua je kat badan wawa , lepas tu dah ok dah. Alhamdulillah.. atas Izin Nya jugak.

Aku kalau bab-bab anak sakit ni.. aku lebih sensetif sikit. Yelah , baby kot.. mana reti bagitau tang mana yang sakit. Kalau bapa baby yang sakit sonang sikit keje aku. Dia gitau perut sakit.. bagi je minyak sapu.. dia gitau kepala sakit bagi je panadol. Haha senang kan!

Next time.. kalau anak korang mengalami masalah yang sama macam aku.. tak yah risau , as long as baby korang aktive dan tak menunjuk kan sebarang tanda-tanda macam lemah badan , tak nak makan. dan sebagainya , its gonna b okay tapi kalau sebaliknya...better refer hospital terus. Tak yah refer blog aku... hihihi



No comments:

Post a Comment

Ehhh dah komen belum?? Kalau belum , komen lah dulu.. nanti i bagi reward okehs!

~.~

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED