Tali Pusat Adik Dah Jatuh

Akhirnya.. hari ke 10 baru tali pusat adik jatuh. Cuak juga sebab lambat sangat jatuhnya. Yelah.. ada je suara-suara sumbang cakap kalau tali pusat baby lambat jatuh.  Katanya degil .

Aku tengok.. yang jatuh seawal 3 hari pun boleh tahan juga degil budak tu . Aku jenis mak yang tak suka kepercayaan pelik macam tu. Bukan lah aku nak belakang kan cakap orang-orang tua. 

Tapi... Anak-anak ni , kita yang akan corak diorang. Kita yang bentuk diorang. Acuan nya adalah kita. Mak Bapa.
Kalau acuan baik.. maka baik lah jadi nya. Kita adalah contoh pada anak-anak.

Harus lah didik sebaik mungkin. Jadi ibu bapa ni.. kita kena tunjuk benda baik.. cakap elok-elok. Betul , adakala nya kita teruji dengan sikap anak. Sabar lah.. mungkin itu lah sikap kita dulu pada ibu bapa kita. Anggap lah ianya satu pengajaran. Kalau kita berjaya sekarang , itu tanda nya ibu bapa kita berjaya didik kita.

Kenapa kita tidak berusaha dengan sungguh-sungguh dalam mendidik anak kan.

Eh melalut jauh dah aku ni.. walhal nak cerita tali pusat anak je pun. Hahaha

Btw.. walaupun hari ke 10 tali pusat adik jatuh. Aku dah cukup happy.. at least mudah sikit kerja nak mandikan dia.. nak pakai kan pampers.
Kadang-kadang rasa takut juga bila tali pusat tak jatuh-jatuh lagi. Takut kena jangkitan ke apa.. nauzubillah.. alhamdulillah semuanya baik-baik setakat ni.. 

Selawat Nabi


Jangan lupa selawat setiap hari.. moga-moga kita semua sentiasa istiqamah dan di lindungi daripada perkara buruk.

Jadikan amalan setiap hari.. jangan lupa. In Syaa Allah banyak kelebihan nya.

Dugaan Anak-Anak sakit

Since aku keluar hospital hari tu , si kakak memang dah selesma. Tapi tak teruk sangat... dah nak sembuh. Dua hari duduk rumah dan bawa baby baru dia macam tertanya-tanya... bingung. Dan ada masa dia buat hal.. menangis.. tantrum. Dugaan sungguh!

Hari ketiga kat rumah.. dia demam ,plus batuk teruk... siap gi nebulizer lagi. Tak habis lagi kisah adik dia jaundis sampai 230... kakak pulak pakej demam , batuk semua.. sedihnya rasa hati.

Mak mana sampai hati bila tengok anak-anak sakit..
Dengan aku yang tak habis pantang lagi... In Syaa Allah aku masih positif walaupun bertalu-talu ujian datang melanda. Allah pasti beri sesuatu yang lebih baik kelak.

Cuma adakala nya... kita ni manusia kan , memang tak lari dari mengeluh. Sungguh pun berat ujian.. kita redha. 
Semoga semua ni berlalu dengan cepat.

Gambar kakak masa setahun.. saja guna gambar ni..
Rindu masa dia kecik-kecik.. laa ni dah nak 3 tahun.. tantrun dia boleh tahan juga.

Tak sabar si kakak sembuh... adik bebas dari jaundis.. boleh mommy dengan daddy rest. 
Sakit nya bila anak sakit tuu terasa sampai ke hati..
Kadang-kadang hati berkata " biarlah aku yang sakit..jangan anak-anak " 
Sedihnya la haiii.. sampai blog pun ,email-email client nak buat review tak sempat reply.. mohon maaf dari kak shaz.. tiada niat di hati pospon semua review. Anak-anak tak sihat.

Kak shaz mohon doa yang baik-baik dari korang semua..

Sepatutnya Aku 35 Weeks Hari Ini , Tapi...

Sepatutnya aku 35 weeks dah hari ni... Tapi Allah tu sebaik-sebaik perancang.. Aku bersalin masa 33 weeks 6 days!


Alhamdulillah... walaupun baby lahir awal , kejadian nya sangat perfect.. cukup sifatnya. Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

Now struggle nak turun kan kuning anak pulak. Huaaa... harap semua nya setel cepat. Nak rest sungguh-sungguh dah. 

Doa untuk kak shaz ye..




Baby Jaundis Lah Pulak

Baby baru je keluar wad 3 hari lalu. Semalam cek  kuning.. tinggi lah pulak... aduhhh. Tak habis lagi kesedihan akak ni.


Semalam result kuning 219. Hari ni turun sikit 212. Walaupun tak banyak... asalkan dah turun sikit. Hati tak risau sangat.

Kadang tak sampai hati tengok. Dah la baby prem... ambik darah balik-balik lagi. Aduhaaaaiii

Siapa ada tips untuk turun kan kuning dengan cepat.
Please shareeeeee

© 2013 BYSHAH ALL RIGHTS RESERVED